Tuesday 17 April 2012

Serius Konsep - Konsep Penjara Masa Hadapan (9 Gambar)


Menara Penjara

Sebelum ini ada kami paparkan konsep taman bertingkat di San Francisco. Taman tersebut dibina secara bertingkat bagi memaksimakan penggunaan ruang tanah. Hari ini kita akan melihat sebuat konsep Menara Penjara di New Jersey. Sekali lagi rekaan bangunan vertikal dipilih bagi memastikan penggunaan tanah yang masksimum kerana New Jersey mempunyai ruang tanah yang terhad. Di Amerika dikatakan terdapat lebih kurang 2 JUTA orang dipenjarakan pada satu-satu masa. Secara per kapita USA adalah antara negara yang mempunyai jumlah banduan terbesar didunia.

Selain dari mahu memaksimakan penggunaan tanah, penjara rekaan Andreas Tjeldflaat dan Greg Knobloch mempunyai rekaan dalaman yang simbolik. Banduan merbahaya diletakkan pada bahagian bawah. Banduan yang kurang bahaya diletakkan diatas. Ini simbolik tahap pemsulishan seorang banduan untuk berdiri semula menjadi warganegara yang berguna. Banduan pada bahagian atas yang semakin hampir kepada tempoh tahanan dapat melihat keseluruhan bandar. Banduan yang baru dan masih keji tidak dapat melihat dunia luar. Pembinaan penjara di kawasan awam pula menurut dua jurureka memudahkan kaum keluarga melawat.

Dikatakan banduan lebih mudah insaf dan kembali ke jalan yang lurus jika menerima sokongan dan lawatan keluarga. Kebanyakkan penjara di USA terletak di kawasan pendalaman dan ini menyukarkan keluarga melawat. Secara tal langsung the rehabilitation process of the inmates will suffer.

Yes menara penjara ini penuh dengan simbol dan rekaannya lain dari yang lain. Tapi bagi seorang gamer aku teringat penjara CITADEL dari game Half Life 2 pulak. LOL! Ominious habis






Laporan asal FastCo

9 comments:

  1. bukan mamlak mana ke tadi 1st...hahaha...kecewa mat tu

    ReplyDelete
  2. THAT is a prison? aku pun nak masuk penjara camni.
    bangunan prison lagi cool dari apartment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha btul2 aku pon nk msk penjara kalu ini mcm

      Delete
  3. Muat ker nak masuk 2 juta bantuan ke dalam tue ? Berapa banyak nak kena bina ? :)

    ReplyDelete
  4. hbat gile...x macam pnjara langsung..mcam ni lgi mningkat la jumlah banduan...tpi cm x secure je, banduan ada pluang je nak lari...

    ReplyDelete
  5. bajet kreatif giler la tuh..

    ReplyDelete
  6. kalau tengok grafik tu, designer ni berjaya buat rasa terkongkong dan cramped dalam building. Ni mesti penjara kelas atasan. Barangkali.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails