Friday 8 June 2012

Serius - Anak Tolong Ibu Bunuh Diri Dilepaskan Dari Hukuman


Euthanasia

Di Guanzhou China berlaku kes aneh dimana seorang anak yang mengaku membunuh ibu beliau atas dasar kasihan dilepaskan dari hukuman penjara. Deng Mingjian boleh dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun atas kesalahan membantu ibu beliau membunuh diri dengan meminum racun rumpai pada May tahun lalu. Tetapi selepas adik, abang serta rakan sekerja memberi testimoni yang mengatakan Deng Mingjian menolong ibu beliau membunuh diri atas dasar kasihan mahkamah menggantungkan penghakiman dan beliau dibebaskan.

Mahkamah diberitahu Deng Mingjian seorang anak yang baik dan menjaga ibu belia setelah si ibu diserang stroke pada tahun 1991 dan 1996. Adik dan kakak Deng Mingjian memberitahu mahkamah ibu mereka banyak kali memujuk mereka supaya memberikan racun rumpai supaya beliau boleh mati. Deng Mingjian menjaga ibu beliau kerana adik beradiknya tidak mampu menanggung kos perubatan. Selepas anak beliau masuk ke sekolah vokasional masalah kewangan menjadi tidak tertanggung. Ibu Deng Mingjian mahu membunuh diri supaya Deng Mingjian tidak akan dibebani lagi oleh beliau. Deng Mingjian akhirnya memberi ibu beliau racun rumpai dan ibunyua pun meninggal dunia.

Kes Deng Mingjian mendapat liputan hebat di China kerana ramai yang merasakan Deng seorang anak yang baik dan tidak harus dihukum. Jika kerajaan China gagal memberikan socialised medicine kepada jutaan rakyatnya kenapa Deng harus dihukum kerana tidak sanggup lagi melihat ibu beliau terseksa.

Oleh itu marilah kita bersyukur. Masa diantara khutbah nanti doakan kesihatan dan kemakmuran pucuk pimpinan Barisan Nasional. Mereka memberi kita rawatan kesihatan yang murah serta klink RM1 Malaysia yang membantu golongan miskin papa kedana se Malaysia. China punya kerjaan tidak seperihatin Malaysia. Hidup barisan. Hup hup hup. yeah yeah yeah



Laporan asal ChinaSmack

21 comments:

  1. HIDUP UMNO... HIDUP BARISAN!!

    ReplyDelete
  2. erkk..memang seyesss lah blog awak..but i loikkeee...seyesss taww!!!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss seyesss

      Delete
    2. x pyah nak seyesss sngat la.. obe ni pancing kuat!!

      Delete
    3. Obe dpt 20hinggit tuk promote..esok dia promote yg lain plak...Ikan bilis, lama xnmpk ko.

      Delete
    4. loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike loike

      Delete
  3. #LOL Statement last xleh blah.

    ReplyDelete
  4. Ape jadah la depa ni. takde tujuan hidup ke ape. dah elok2 hidup, nak mati.
    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  5. baik nye anak beliau.....tlg menolong amalan mulia...puuurrfff..

    ReplyDelete
  6. aku harap ramai belum lupa lagu UMNO, time2 macam ni patut dikibarkan bendera umno depan rumah dan dekat kereta kancil evo masing2...

    ReplyDelete
  7. aku rasa blog ko ni ada unsur politik!
    xbest dah~

    ReplyDelete
  8. membaca komen Obe benar2, membuka fikiran ku.

    Bayek lah.
    Hidup Barisan.

    ReplyDelete
  9. kadang2 kalau da tak sanggup tengok penderitaan orang yang kita sayang dan kita pun tak mampu nak menanggung kos.. Apatah lagi kalau orang tu pun dah tak sanggup terseksa sakit dan memang mengharapkan Tuhan ambil nyawanya.. Kan lebih baik kita yang jadi Izrail celup.. Dan anggap 'dah memang ditakdirkan ajalnya sampai dengan cara begitu' *Just saying*

    ReplyDelete
  10. Kepada pembaca sekalian sila daftar borang masuk ahli United Malays National Organisation dan jangan lupa sokong Manchester United sekali. Dulu, Kini dan Selamanya sampai hari kiamat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails