Tuesday 25 February 2014

Serius Cool - Qasr Al Haj : Bank Kuno Untuk Kegunaan Bakal Haji Di Libya (12 Gambar)


Bank Yizlumik

Qasr Al Haj dalam bahasa Arab bermaksud Istana Haji. Ianya dibina 130 kilometer di luar Tripoli sekitar abad ke-13 sebagai ruang menyimpan harta bakal haji yang dalam perjalanan ke tanah suci. Terdapat 114 bilik di dalam bangunan berbentuk bulat ini. Ini adalah simbolik dengan 114 surah di dalam kitab suci Al Quran. Ruang bilik ini disewa oleh bakal haji untuk menyimpan harta yang tak perlu dibawa masuk ke Mekah dan Madinah dengan selamat. Jadi bakal haji tak perlu risau harta duniawi mereka dirompak ketika mereka beribadah kepada Allah.

Ia kemudiannya diubahsuai menjadi gudang menyimpan gandum oleh penduduk setempat dan digunakan sehinggalah dekad 1960an. Bayaran yang dikenakan bagi menyimpan gandum ialah 1/4 dari apa yang dsimpan. Gandum yang diambil kemudian diwakafkan kepada pusat pengajian Islam sekitar Qasr Al Haj. Qasr Al Haj kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat bagaimana rupa bank zaman dahulu kala. 



Laporan asal Amusing Planet

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails