Wednesday, 19 February 2014

Serius - Teknik Penyembelihan Daging Kosher dan Halal Diharamkan Di Denmark


Halal yang Haram


Kerajaan Denmark hari ini mengharamkan penyembelihan haiwan yang mematuhi hukum Kohser dan Halal. Menurut laporan The Independent, keputusan mengharamkan penyembelihan yang mematuhi hukum syariah Islam dan Yahudi ini diambil bagi mematuhi hak asasi haiwan Eropah yang mewajibkan haiwan yang disembelih harus dipengsankan terlebih dahulu. Ini dilakukan dengan menggunakan stun gun pada otak haiwan. Hukum agama Islam dan Yahudi mewajibkan haiwan yang disembelih sedar ketika dipotong urah merihnya dan ini melanggar undang-undang Kesatuan Eropah.


Pihak Rabbi di Denmark mengutuk keputusan yang mereka labelkan sebagai Anti Semitisme manakala NGO Halal Denmark mengatakan ini melanggar hak asasi mengamalkan agama Islam mereka. Pihak kerajaan Denmark turut berkata dalam hal ini hak asasi haiwan untuk mati tanpa terseksa harus diutamakan dari hak orang Islam serta Yahudi untuk makan daging yang dibenarkan agama mereka.


Ini merupakan insiden kontroversial dari Denmark dalam masa seminggu. Minggu lalu seekor zirafah dibunuh dengan menggunan stun gun, disembelih dan diberi makan kepada singa sebuah zoo. 


Nampaknya no more Halal meat for you in Denmark! 



Via Independent
Thanks @BluredFrank

26 comments:

  1. stun gun tu x terseksa la kut noo..kira macam kena ketit semut pastu pengsan..bodo punya kapiaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena stun gun lagi seksa sebenarnya dari kena sembelih.. kalau tak caya, cuba korang kena stun gun, pastu upah orang sembelih korang.. mana lagi sakit..
      bukan macam tu aih.. macam ni.. ambik bacaan blood presure masa haiwan kena stun gun dengan blood presure haiwan kena sembelih.. mana lagi tinggi.. yang lagi tinggi blood presure dia, yang tu lagi seksa..

      Delete
    2. Hahahah betui2..sblm buat kat haiwan tu, p lah bg menteri2 denmarkhell tu test dulu..then tanye sakit tak kene sembeleh cara tang tu ;)

      Delete
  2. presiden denmark banyak baca komik ni.

    ReplyDelete
  3. Mangkuk ayun bertingkek-tingkek..

    ReplyDelete
  4. bro mcm mana wife? harap semuanya ok la ye.

    ReplyDelete
  5. Obe da update blog!!!!! yahoooo!!!!

    ReplyDelete
  6. itu sume provokasi, membenarkan yang haram dr yang halal... tidak wajar sama sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di denmark ada kepimpinan umno BN mesti semua ni tak kan terjadi..

      Delete
  7. ermmm macam tu pulak.. :/

    Btw jom pergi website http://iluvtour.com/

    ReplyDelete
  8. takde pula pemimpin denmark nie suruh mereka tak suka tu... keluar dari denmark.. pemimpin denmark harus mencontohi kepimpinan menteri2 BN.. kena tegas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, denmark harus meningkatkan import daging halal dari Malaysia..

      Delete
  9. "However Khalil Jaffar, an imam at the Islamic Cultural Centre in Copenhagen, told Al Jazeera on Tuesday that Danish Islamic leaders had issued a religious decree several years ago saying that animals stunned before slaughter were considered halal in Denmark"

    http://www.aljazeera.com/news/europe/2014/02/danish-halal-law-changes-nothing-says-imam-2014218131810376890.html

    ReplyDelete
  10. Ade je imported kan..macam masa aku duduk kat marseille dulu...btw, terang dah fatwa lajnah daimah lil buhuts arab saudi, muslimin wajib hijrah dari negara kafir ke negara muslimin...hijrah kan senang...

    ReplyDelete
  11. Jana Duit RM900 Sehari Tanpa Modal! Assalamualaikum kepada semua sahabat, saudara-mara, dan semua rakyat Malaysia.. Daripada berFB tak ada hasil, bagus berFB yang ada hasil. Saya ada nak perkenalkan satu program dari US, yang boleh membuat pendapatan sampingan. Free register, tiada apa2 bayaran di kenakan.. Tiada tipu muslihat. Tak perlu cari orang, Tak perlu jual barang, dan Kerja sikit2 je. Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu computer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat income USD25, bersamaan RM80.00 lah lebih kurang . Lepas tu, anda akan dapat link anda sendiri.. apa lagi? Copy link anda, atau copy terus semua ayat saya ni, dan paste kat facebook atau apa2 saja media sosial yg anda tahu mcm email,tweeter,line dan sebagainya. Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD10 atau RM30 lah lebih kurang. Mudah kan!!! Duit anda boleh pilih, samaada duit masuk account terus, atau cek (akan di pos terus ke rumah.) Ape2 pun cuba la dulu..Kalau anda dah faham & nak register, sila click
    http://bit.ly/1e13hmj

    ReplyDelete
  12. Saya berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka saya katakan, "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?".

    Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

    Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. Lalu dia bertanya dari mana sumber tersebut saya perolehi? Saya menjawab sumberku dari TV pastinya.

    Lalu dia berkata: "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu, pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama, tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka telah melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?".

    Saya lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung: "Ada dua sebab:-

    1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

    2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

    seterusnya disini..
    http://www.sentiasapanas.com/2013/07/adolf-hitler-rahsia-besar-yang.html

    ReplyDelete
  13. BRO...how are and u and ur wife...ok and baik2 belaka hendaknya

    ReplyDelete
  14. KEPALA BAPAK KAU!!

    ReplyDelete
  15. negara kafir..apa yang mereka tau pasal undang2 Islam..nk semelih ka stun gun ka diorang punya pasal la..kt sini hak yang mengaku negara Islam pun selamba badak langgar undang2 Islam..lol..btw welkam back obeeee

    ReplyDelete
  16. Slm. Haritu ada tgk satu dokumentari kat TV 1 yg ada juga tmpt sembelihan kat Malaysia guna arus eletrik yang kecil utk pengsankan lembu sebelum sembelih n hukumnya x haram. Baru je tgk baru baru ni n x ingat plak tajuk dia. Kalau sesiapa rajin cuba la google/ serching k.

    ReplyDelete
  17. jom tengok
    http://bit.ly/1gOQsRh

    ReplyDelete
  18. 这是在丹麦的一周一个有争议的事件。上周,长颈鹿死于使用电击枪,宰杀并反馈到狮子动物园 (cont) http://bit.ly/MglXHS

    ReplyDelete
  19. skg ni rsnya pusat sembelih lembu pn pengsankn dlu lembu tu...pengsan..still bernyawa..sembelih secara sah jd halal la...klu xpengsan kn dlu mau tukang sembelih yg pengsan...bpe ekor lembu yg xpengsan nk sembelih sehari....correct me if im wrong

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails