NICE!
Wuppertal Schwebebahn atau dalam bahasa melayunya Tram Terapung Wuppertal ialah sistem monorel tertua didunia yang masih berfungi terletak di Wuppertal Jerman. Ia mula beroperasi pada 1 Mac 1901. Sistem monorel ini juga merupakan sistem landasan tergantung tertua dunia. Ianya ilham jurutera Eugen Langen dan pembinaan Wuppertal Schwebebahn dimulakan pada tahun 1898. Sistem ini hanya siap sepenuhnya pada tahun 1903 dan mempunya panjang landasan sepanjang 13 kilometer. 20 hentian dibina dan menariknya sejak siap dibina sistem monorel ini hanya ditutup sekali sahaja kerana dibom ketika perang dunia ke dua. Sebanyak 19200 tan besi digunakan bagi membina landasan monorel ini dan kos pembinaannya pada ketika itu ialah 16 juta GoldMarks.
Lebih 110 tahun kemudian Wuppertal Schwebebahn masih berfungsi dengan baik setelah menjalani proses modernisasi sejak 1997. 25 juta orang penumpang menggunakannya setiap tahun! Proses modernisasi yang selesai pada tahun 2010 membabitkan naik taraf stesen, tram lebih moden dan penggantian struktur landasan yang usang. Lebih 480 juta Euros (RM 2 Billion) dibelanjakan bagi proses pemodenan ini. Sungguhpun sudah dimodenkan, tram "The Kaiserwagen" seperti gambar dibawah dikekalkan. Tram The Kaiserwagen ialah tram yang dinaiki Kaiser Wilhelm II ketika test run awal Wuppertal Schwebebahn. Cool stuff! Agaknya 100 tahun akan datang bagaimana rupa sistem Monorel, Putra dan Star bandaraya KL?
Laporan asal Pixgrove dan Wikipedia









perghh sumpah aku duk german pun tak tau pasal nih.. kool
ReplyDeleteoldddd schoool!
ReplyDeleteni adalah moyang kepada monorel yg ade skarang
ReplyDeleteOld Skool Ya'all
ReplyDeleteCool
ReplyDeletekita hanya mampu mengikut teknologi german beberapa puluh tahun kemudian
ReplyDeletebeberapa puluh tahun kemduian
ReplyDeletebaru kita ada teknologi ini
-.-
lepas 100 tahun still ok..kiter punyer LRT yg x sampai 50 tahun pun dah banyak kali problem..
ReplyDeletewowww.......cammmm syiallll lah..
ReplyDeletemase 2 malaysia tgh berperang lagi...
Monorail kat Melaka first day lunch dah sangkut....turun naik kren....duit tak refund plak tuh....shame on u Ketam....
ReplyDeletemelaka tiru benda ni ke?
ReplyDeletebtol tu panglima!
ReplyDeletetgk structure yg 100 taun lepas pon nmpak kukuh .kat melaka aku tgk cm nak roboh je dah br bape taun
ReplyDeletenegeri melaka punya LRT lagi kelakar.. tak sampai beberpa jam beroperasi semasa dilancarkan sudah kong.. hahaha
ReplyDelete-mr.john-
salute kat monorel paling modernized & uptodate kat Royal Town Malacca
ReplyDeleteni la kelainan...x byk kot train macam ni
ReplyDeletebest siott!
ReplyDeleteLRT kt mesia lg 100thn dah pupus dah, mcm pudu jail.
ReplyDeleteAku rasa benda ni lg besh dr LRT yg aku nek hari2 buat g keje tu. Malaysia ni klu bab pembangunan je msti nk tunjuk gmba LRT yg ada, dh la LRT cm shit, teknikal problm jadah nye baru bpe tahun.
ReplyDeletegeli siak berfungi. LOL
ReplyDelete