Monday 26 September 2011

Serius Konsep - SWYP : Mesin Pencetak Mesra Pengguna (12 Gambar)


I hate printers

Korang benci printer tak? Aku benci gila babi. Terutama masa zaman student. Ada printer tapi bila print artwork untuk submit kepada lecturer ada sahaja error. Kertas stuck. Paper stock salah. Print senget.... dan paling emo bila nak print borderlesss dia ada border and bila nak print ada border dia jadi borderless. Pendek kata walaupun komputer kita 16 cores sekalipun bila tiba bab mencetak dokumen dan gambar ianya masih tidak banyak berubah dari zaman Windows Me.

Disinilah konsep mesin pencetak SWYP: See What You Print, mampu mengurangkan rage bila menggunakannya. SWYP iala konsep mesin pencetak rekaan firma Artefact. Ianya didatangi skrin LCD sesentuh yang memudahkan anda membuat "cropping" area yang mahu dicetak. Jumlah dakwat yang tinggal juga boleh dilihat dengan mudah. SWYP juga boleh disambungkan kepada internet dan anda boleh mencetak terus gambar dari akaun Flickr, Facebook ataupun Picasa tanpa perlu pening kepala. Nice idea!






Laporan asal Artefact

15 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails