Wednesday, 14 September 2011

Serius Shit - Lastel : Hotel Untuk Orang Yang Sudah Mati di Jepun (8 Gambar)


Hotel Terakhir

LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat "penginapan" terakhir simati.Kamu pasti tertanya

"Kenapa tak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?"

Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Nak letak keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang terkenal kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran YEN 12 000 (USD 157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang dignified. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati bila-bila masa mereka rasakan selesa. Bizarre or just plain genius?






Laporan asal REUTERS

18 comments:

  1. in b4 first.


    agak2 ni kat malaysia ada tak ?

    ReplyDelete
  2. Sape kata kematian itu taboo. Tengok, sudah ramai yang buat duit dengan kematian.

    ReplyDelete
  3. Plain genius...kang ada la tu kat Mesia...

    Org Mesia ni part wat duit laju ajerrr...

    ReplyDelete
  4. ini macam kalu, aku mau bikin Tune Death Hotel lah. No frill no chill afterdeath hotel.

    ReplyDelete
  5. aku ingat, kalau bisnes gini buat kat mesia, tak untung kot. sebab, once dierang letak mayat tu satu hari, esoknya memang tak amik2 dah la. tinggal je kat situ.

    yang hidup pun mak pak dihantar ke rumah orang tua. kalau dah mati, kompem dierang tinggal je kat hotel mayat ni.

    ReplyDelete
  6. Berak dalam sluar kalo kene Shift malam jaga tingkat atas hotel.

    ReplyDelete
  7. Siang pekerja 30 orang. Malam tiba-tiba jadi 60 "orang".

    ReplyDelete
  8. hotel yg sedia ada pon da berhantu, ni kan pulak ade hotel letak org mati.what to say?its scary man.

    ReplyDelete
  9. oh gila lah.. 0tak laju je berjalan utk nak dapatkan duit

    ReplyDelete
  10. dlm paper utusan hari ni kua psl hotel ni.sbikik cam ape ko ckp dlm ni..gambarpn same..pttla ak rse mcm penah tgk.huhu...cume ayat2 jela tmbh skit2...huhu

    ReplyDelete
  11. giler la...kaya la owner hotel ni..kompom jutawan dah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails