Friday 16 September 2011

Serius Cool - Beberapa Contoh Teknologi Kerusi Lenting Yang Aneh (17 Gambar)


Jangan Melenting!

Entry tentang Kamov Ka 52 Black Shark tempohari nampaknya agak hangat. Anda semua macam tak percaya ada helikopter didunia yang mempunyai kerusi lenting. Anda merasa aneh teknologi itu wujud. Nah! Hari ini aku sebagai seorang militaryfag akan memaparkan dua lagi teknologi kerusi lenting yang unik dan cool beans.

Pertama sekali ialah "kerusi" lenting untung pesawat B-58 Hustler. Pesawat pengebom ini direka pada tahun 1956 ini ialah pesawat pengebom supersonik pertama Amerika. Pembinaan pesawat supersonik membawa masalah kepada proses mereka kerusi lenting. Apabila kerusi lenting digunakan pada kelajuan supersonik windblast menyebabkan ramai juruterbang maut. Topeng oksigen mereka tertanggal dan bila ini berlaku pada altitud tinggi mereka mati kelemasan. Disamping itu kaki dan tangan juruterbang akan start to flail dan menyebabkan kecederaan teruk. Maka untuk B-58 Hustler kerusi lenting berkapsul direka. Apabila digunakan kerusi juruterbang akan berubah menjadi kapsul. Juruterbang akan terselamat dari masalah windblast dan flailing limbs yang aku sebutkan tadi. Kapsul ini juga pressurised dan juruterbang boleh bernafas dengan normal. Sistem kapsul ini diuji dengan menempatkan seekor BERUANG bernama Yogi dikerusi juruterbang. Yogi terselamat selepas dilenting pada kelajuan 1367 KMJ dan ketinggian 30 000 kaki





Selepas B-58, pesawat prototaip XB-70 Valkyrie juga menggunakan sistem kerusi berkapsul. Ketika dalam penerbangan ujian, sebuah XB-70 Valkyrie terhempas selepas dilanggar pesawat pengiring. Malangnya sistem kerusi lenting berkapsul pesawat ini gagal berfungsi. Juruterbang pesawat maut apabila kapsul gagal tutup dan kapsul tidak dilenting. Pembantu juruterbang pula patah tangan selepas kapsul mekanisma penutup mengepit tangan beliau. Selepas XB-70 tiada lagi pesawat yang menggunakan sistem kapsul kerana komplikasi ketika operasi.



Evolusi kerusi lenting membawa kepada rekaan kokpit yang melenting. As the name suggest keseluruhan kokpit akan dilenting ketika kecemasan. Pesawat pertama yang menggunakan teknologi ini ialah F-111 Aardvark yang menggantikan
B-58 Hustler. Pesawat ini mampu terbang kelajuan Mach 2.6 dan rekaan kerusi lenting konvensional pasti membawa maut kepada krew pesawat. General Dynamic mencipta sistem kapsul lenting mereka yang siap dengan sistem pengapung just in case pesawat F-111 dilenting ditengah lautan. Sebahagian latihan menjadi krew F-111 ialah latihan keluar dari kapsul selepas ianya mendarat diatas air. Gambarnya boleh dilihat dibawah.



Sistem kokpit lenting paling besar pernah direka ialah untuk pesawat pengebom B-1A Lancer. Keseluruhan kokpit yang menempatkan krew sebanyak 4 orang boleh dilentingkan bila diperlukan. Tiga dari empat pesawat prototaip B-1A mempunyai sistem ini namun selepas B-1A dimasukkan kedalam inventori Tentera Udara Amerika Syarikat sistem lentingan biasa sahaja digunakan. By this time teknologi kerusi lenting konvensional sudah maju setapak dan nyawa juruterbang masih mampu terselamat walaupun jika mereka dilenting pada kelajuan supersonik dan altitud tinggi. Oleh sebab itulah selepas F-111 tiada lagi pesawat didunia menggunakan sistem kokpit lenting. So now you know!



Kredit Gambar Ejection History dan Ejection Site
Diolah dari sumber Wikipedia dan BayouRenaissanceMan

31 comments:

  1. pagi2 buta cmni bleh la ko nak jadi first obe!...haha

    ReplyDelete
  2. Serius tak paham

    ReplyDelete
  3. obe,post la cite pasal jet supersonic yg badass2 pulak...gian pulak aku...

    ReplyDelete
  4. this is serius!!!!....btw ape march tu?..sumpah aku xtau..kalo bleh post la pasal jet supasonic yg badass2 pulak...

    ReplyDelete
  5. hahahaa..cool

    ReplyDelete
  6. gila cool!second u bastardos!

    ReplyDelete
  7. nice info Obe

    BTW, header kau ade salah eja sedikit di situ...

    ReplyDelete
  8. march tu kelajuan bunyi la der
    1 march = 1,236 km/h

    ReplyDelete
  9. kenapa beruang???

    ReplyDelete
  10. kerusi lenting pertama mcm kapal angkasa bezita time dia serang bumi. huhuhu...

    ReplyDelete
  11. @anas mesti tak baca apa obe tulis ni. bear tu Yogi, dia makhluk uji untuk kerusi lenting jet supersonik tu.

    Yogi selemat, Yogi comel! awww

    ReplyDelete
  12. what the hell to do with that bear face?

    ReplyDelete
  13. Yogi yg utk test kerusi lenting ni Yogi yg sama dlm cerita Yogi Bear tu ke? dlm movie bkn main comel lg. apsal telinga dia capang sgt?

    ReplyDelete
  14. Kenapa beruang kenapa beruang.yang dok tengok gambar xreti nak baca tu lah jadinya.Iqra'!

    ReplyDelete
  15. Dua kali baca pun x paham..apa masalah aku ni yek hmph...

    ReplyDelete
  16. bro..klu setakat kategori jet..aku x lenting..tau lm dh..normal..tp ni heli kot..x putuih ka kepala depa bl seat tu berfungsi..tunjuk sket cm ner operation dia..

    ReplyDelete
  17. its ALREADY written u should god damn read better

    ReplyDelete
  18. serius deh, ni blog yang ane cari" makasih gan infonya membantu banget buat data pembuatan eksperimen gue.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails