Friday, 24 August 2012

Serius Cool - Evergreen Supertanker : Pesawat Pemadan Api Terbesar Dunia (14 Gambar)


Bomba Terbang

Sebelum ini kami ada paparkan Beriev BE-200 Altair , pesawat pemadan air amfibia yang dihasilkan oleh Russia. Pesawat ini mampu membawa 12 tan air untuk tujuan memadam api. Hari ini mari kita lihat Evergreen Supetanker, pesawat pemadam api terbesar di dunia. Evergreen ialah sebuah pesawat Boeing 747-100 yang diubah suai dengan kemampuan membawa 77 600 liter air. Evergreen direka pada tahun 2004 selepas berlaku dua kes kemalangan membabitkan dua pesawat pemadan api di US pada tahun 2002. Dua pesawat ini terhempas ketika usaha memadam api. Pihak US mendapati pesawat yang digunakan sekarang sudah ketinggalan zaman dan perlu digantikan dengan kapal terbang yang lebih moden.

Pihak Evergreen membelanjakan USD 40 Juta (RM 123 Juta) mengubahsuai sebuah pesawat 747-100 dan Evergreen Supertahker pun dilahirkan. Pesawat ini beroperasi dengan memadamkan api dari ketinggi diantara 120–240 meter pada kelajuan 260 KMj. Secara teorinya ia mampu mencurahkan air sepanjang 5 kilometer selebar sebuah padang bolasepak dengan sebuah tangki penuh. Evergreen kali pertama beroperasi pada tahun 2009 apabila ia memadankan api di Cuenca Sepanyol.

Buat masa ini hanya ada sebuah sahaja Evergreen Supertanker dan tiada cadangan untuk menghasilkan pesawat-pesawat yang lain. Pihak Evergreen juga bekata pesawat rekaan mereka boleh juga digunakan untuk tujuan pengawalan tumpahan minyak dengan memancutkan agen penyerap minyak dari udara. Mereka juga percaya dengan sedikit pengubahsuaian Evergreen Supertanker boleh juga mengawal tumpahan bahan kimia beracun dan pembenihan awam untuk menghasilkan hujan rekaan manusia. Cool!







Laporan asal Evergreen Supertanker

9 comments:

  1. Replies
    1. Saya harap admin dapat terbitkan entri khas seperti 'serius 1st:visitor yg selalu 1st' dgn menyenaraikan visitor yg selalu 1st dan komen mereka.dgn entri ini diharapkan dpt menghargai kami yg selalu nak 1st dan dalam masa yg sama dpt meningkatkan sikap ingin bersaing diantara kami utk 1st sekaligus menaikkkan jumlah hit blog ini :)

      Delete
  2. Malaysia x nk pinjam ke? nnt klo Indon pegi bako utan diorang bleh pegi tolong. Selesai masalah jerebu

    ReplyDelete
  3. Cmne die sedut air dr tasek ea.. aq x dpt bygkn..

    ReplyDelete
  4. 12 tan air boleh sedut? Sedut macam mana ya, x dapat bayangkan...

    Agak-agak banjir tak ?

    ReplyDelete
  5. PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN PEMADAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. no need to highlight..everybody knows obe is typo.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails