для матери России!
Tupolev Tu-95 Bear ialah pesawat pengebom berkipas kegemaran kami di Blogserius. Pesawat ini mula beroperasi pada tahun 1952 sebagai platform pelancaran bom nuklear strategik Russia. Ketika mula beroperasi ianya merupakan pesawat pengebom paling berkuasa dan terpantas di dunia. Ia diperkasakan dengan 4 enjin Turboprop yang memusingkan 32 BILAH kipas!
Tu-95 dibina berasaskan Tu-4 yang merupakan B-29 Superfortress (Pesawat yang menjatuhkan 2 bom Atom di Jepun) versi Russia. Rekaan pesawat dihasilkan oleh Andei Tupelov manakala enjinnya oleh Ferdinand Brandner, jurutera syarikat JUNKERS Nazi yang diculik selepas Perang Dunia Kedua tamat. Rekaan Tu-95 aneh kerana sungguhpun ianya hanya sebuah pesawat Turnoprop, ia mempunyai sayap seakan pesawat jet. Ini adalah kerana ianya mampu bergerak pada kelajuan hampir supersonik iaitu 920 KMJ. Tu-95 masih lagi memegang rekok sebagai pesawat berkipas terpantas di dunia. Rekod ini dipegang oleh Tu-95 semenjak 1960. Tambah mengagungkan, Tu-95 mempunyai jarak operasi maksimum sebanyak 15 000 kilometer. Ini bersamaan terbang merentasi Amerika Syarikat sebanyak 3 Kali dan masih ada sedikit lebihan!
Sepanjang haya operasi yang sudah melangkau 60 tahun, fungsi Tu-95 sudah berubah. Pada asalnya ia direka sebagai pengebom nuklear.Setelah menjalani beberapa variasi ianya kini menjadi platform radar amaran awal Tenera Laut dan Udara Russia serta platform pelancaran misil jarak jauh.
Tu-95 sangatlah bad ass ianya menakutkan pihak NATO. Amerika Syarikat terpaksa mereka B-52 Startofortress sebagai senjata anti Tu-95. Seperti B-52 , Tupolev Tu-95 Bear akan beroperasi sehingga 2040. Ini bermakna dua relik peninggalan Perang Sejuk ini akan mempunyai hayat operasi hampir 100 tahun. Respect!
Laporan asal Wikipedia
Foto EnglishRUssia
selamat hari raya obe and others..
ReplyDeleterayaa obe rayaaa!!
ReplyDeletefuu. hebat
ReplyDeletecool gila serius shit
ReplyDelete