Muzium Negara Afghanistan
Afghanistan ialah sebuah negara yang kaya dengan sejarah. Sejarah Afghanistan bermula lebih 50 000 tahun dahulu dan malang sekali majoritinya ditumpahi kemusnahan dan pertumpahan darah. Sungguhpun begitu negara malang ini masih kaya dengan warisan yang kini semakin hilang kerana peperangan yang berpanjangan. Baru-baru ini kerajaan Afghanistan meminta firma senibina dunia untuk menghantar proposal rekaan Muzium Negara Afghanistan.
Muzium ini perlu bagi memastikan generasi akan datang Afghanistan dapat melihat warisan negara mereka. Rekaan muzium dibawah dihasilkan oleh firma TheeAe dari Hong Kong dan ianya berkonsepkan pohon yang tumbuh dari sebuah oasis. Bangunan ini mempunyai 4 tingkat dan mempunyai keluasan lantai sebesar 18 000 meter persegi. Buat masa ini pihak kerajaan Afghanistan masih belum mengumumkan rekaan firma manakah yang memenangi pertandingan ini tetapi kami di Blogserius cukup suka dengan konsep di bawah. Unik dan lain dari rekaan kebanyakkan Muzium yang terlalu rigid.
Laporan asal TheeAe via ArchDaily
Pertama ke?
ReplyDeletesenibina
ReplyDeletekena buat bullet and bomb-proof.
ReplyDeletemohon jangan tiru masjid besi putrajaya
ReplyDelete