Serius
Di India baru-baru ini khabat angin yang mengatakan umat Islam akan melakukan keganasan selepas Ramadan terdebar secara meluas. Ianya disebarkan melalui SMS dan juga laman media sosial. Khabar angin palsu ini menyebabkan penduduk India bukan beragama Islam panik dan melarikan diri dari kawasan yang berkepadatan penduduk Islam yang tinggi. Ia juga menyebabkan kebencian yang berlaku paska serangan pengganas Mumbai 2008 semakin memuncak. Terang dan nyata di sini masalah penyebaran khabar angin adalah amat serius di India. Sebenarnya khabar angin sebegini bukanlah ekslusif di India sahaja. Di Malaysia apa kurangnya dengan penyebaran SMS kononnya ada rusuhan kaum pada tahun 2005 di Kuala Lumpur dan khabar angin Malaysia akan jadi negara Kristian jika Pakatan Rakyat berkuasa. Kesemuanya memainkan sentimen perkauman bebal yang sepatutnya dikuburkan di dalam millennium yang lepas.
Oleh sebab itu sebuah kempen khidmat masyarakat yang mahukan warga India lebih berhati-hari dalam berkongsi khabar yang mereka dengar dilakukan di India. Ianya mensasarkan pengguna media sosial Facebook. Hasilnya ialah 3 poster yang sangat kreatif di bawah. Syabas! Kami di Blogserius sangat sukakan kempen ini. Untuk edisi Malaysia kami mahu ada poster "Jangan Like Sangat Berita Bangang Illuminati Anda" di garis masa Facebook. Lately makin banyak pula muncul di garis masa Facebook kami. Pleaselah jangan jadi lembu sangat!
Laporan asal BusinessInsider
Aku 1st ke??muahahaha
ReplyDeleteSaya harap admin dapat terbitkan entri khas seperti 'serius 1st:visitor yg selalu 1st' dgn menyenaraikan visitor yg selalu 1st dan komen mereka.dgn entri ini diharapkan dpt menghargai kami yg selalu nak 1st dan dalam masa yg sama dpt meningkatkan sikap ingin bersaing diantara kami utk 1st sekaligus menaikkkan jumlah hit blog ini :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesesungguhnya insan2 seperti ko ni r yg obe harap2kn agar dpt mengekalkn viewers dlm blog beliau.
Deletekeikhlasan ko utk bersaing dgn jujur dlm arena mendapatkn 1st komen amat2 obe hargai.
semoga ko terus berusaha dan berjaya di masa akan datang.
sekian.
~ bagi pihak obe
1st
ReplyDeleteBoleh jalan laaa
Deleteduta..cuba lagi ye lain kali..jgn putus asa..belajar dr kesilapan lalu..
Deletekhabar angin? fitnah?
ReplyDeleteLagi best kalau buat macam PELITA RAYA
ReplyDeleteyour like can lead to a handjob. Keep it up.
ReplyDeleteyour like can heal a cancer...
ReplyDelete