Monday, 6 August 2012

Serius Cool - Apakah Mars Curiosity Rover? (15 Gambar)


Robot!

Baru beberapa jam yang lalu NASA mengumunkan bahawa probe terbaru mereka iaitu Mars Sicence Laboratory (MSL) berjaya mendarat dengan jayanya di permukaan planet Marikh. MSL atau nama timangannya Mars Curiosity ialah rover robotik ketiga yang berjaya mendarat di permukaan planet Marikh. Tujuan utama penghantaran Mars Curiosity ialah

  • Memastikan sama ada Marikh mampu menganggung kehidupannya
  • Mengkaji cuaca Marikh
  • Mengkaji geologi Marikh
  • Mengumpul data untuk misi penghantaran manusia ke Marikh

Mars Curiosity ialah rover terbesar yang pernah dihantar oleh NASA. Ianya dua kali ganda lebih besar dan lima kali ganda lebih berat dari rover Spirit dan Opportunity yang dihantar pada tahun 2004. Berat keseluruhan rover ini ialah 900 kilogram! Kerana itulah NASA mencipta sistem pendaratan yang baru khas untuk Curiosity. Kerana atmosfera Marikh yang tidak mempunyai udara, poendaratan menggunakan payung terjuan sahaja tidak memandai. Sebelum ini untuk misi pendaratan berkembbar rover Spirit dan Opportunity, sistem pendaratan menggunakan beg udara digunakan. Impak pendaratan diserap oleh beg udara. Untuk Curiosity sistem ini juga tidak memandai dan tidak boleh memastikan pendaratan yang selamat

Sebuah sistem "Kren Angkasa" dicipta oleh NASA untuk misi terbaru ini. Pada ketinggian 7.5 meter dari tapak pendaratan di Gale Crater, sistem pendaratan menggunakan roket akan diaktifkan bagi memperlahakan kelajuan. Ianya kemudian akan terapung sebelum menurunkan Curiosity dengan menggunakan sistem kabel Kren Angkasa. Selepas itu kabel akan diputuskan dari sistem pendaratan sebelum ianya terbang ke kawasan lain dan terhempas. Sistem ini tidak pernah digunakan dalam mana-mana misi angkasa sebelum ini. In all honesty sistem Kren Angkasa ini lebih mengingatkan kami kepada sistem pendaratan dari permainan video Sci Fi LANDER yang popular akhir 90-an dahulu. Awesome!

Curiosity akan melakukan misi saintifiknya selama 2 tahun dan dijangkan bergerak sekurang-kurangnya 17 kilometer dari tapak pendaratan. Ianya diperkasakan dengan Generator Thermoeletrik Radioisotope yang menggunakan Plutonium 238. Haba yang dihasilkan dari pereputan isotop ini akan diubah menjadi tenaga eletrik sepanjang misi Curiosity.Secara keseluruhan 4.8 kilogram Plutonium 238 akan digunakan. Seb baik tak meletup semasa pelancaran.

Oh just so you know misi ini bermula 26 November 2011. Lama juga untuk menghantar robot ini ke Planet Marikh. Diharap misi ini akan berjaya kerana NASA hanya membelanjankan USD 2.6 Billion untuk misi ini. Mungkin ianya nampak macam mahal tetapi akibat masalah ekonomi yang teruk di USA, USD 2.6 billion ini bolehlah dikatakan murah untuk standard NASA.

Godspeed!







laporan asal Wikpedia
Gambar NASA

14 comments:

  1. ada video animasi sebernanya: http://youtu.be/BudlaGh1A0o

    ReplyDelete
  2. canggeh ni. aku yakin malaysia mampu sampai ketahap ini.

    ReplyDelete
  3. The Europe owned the particles, Amurikkans owned a planet, China sent a woman astronaut into orbit.

    Do you even science Malaysia? I know this is too nationalism for some people. I do feel MSL's achievement is a great momentum to push humanity boundaries, to inspire humans to explore the universe. But we need to stop bashing each other for racism and do more science and shit and get on top of the world! I'm pretty sure we can do this.

    DO you guys even know there's a space center here in Malaysia called Spaceport Malaysia? I bet you don't.

    Let's get the fund raised and build some rockets guys.

    ReplyDelete
  4. so berapa tahun ambil masa utk sampai ke marikh? ana volunteer utk jadi manusia pertama dipindahkan ke planet marikh... syeikh muzaffar jgn kacau line aaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tapak sulaiman lah bengap. stay je kat lautan bumi. sana takde air

      Delete
  5. mcm xde tumbuhan n haiwan je kt marikh 2....xkn nk mkn meggi dr bumi ari2....ummhh...

    ReplyDelete
  6. tipu semua ni..mane wujud org g bulan..membazir duit rakyat je buat bnda ni..baik sedekah kt org miskin..puiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat pro pembangkang ni.. lama dah dengar ni..

      Delete
  7. Power jugak manusia planet Bumi sebab boleh menghantar UFO ke planet Marikh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails