Tuesday 4 October 2011

Serius Cool - Kapal Pembelah Ais Terbesar Dunia Berkuasa Nuklear Russia (11 Gambar)


Kapal yang tak akan men TITANIC kan dirinya


Dibawah ialah gambar-gambar kapal pemecah ais dari Kelas Arktika milik Russia. Mula dibina pada sejak tahun 1975, sebanyak 8 buah kapal pemecah ais sebegini dibina bagi tujuan saintifik dan membuka laluan perkapalan ke Siberia. Kapal pemecah ais kelas Arktika ini istimewa kerana ianya menggunakan tenaga nuklear dan juga merupakan kapal pemecah ais terbesar didunia. NS Arktika, kapal pertama didalam kelas ini juga merupakan kapal permukaan (surface ship) pertama yang berjaya tiba di Kutub Utara pada tahun 1977.

Mengapakah kapal khas pemecah ais diperlukan? Ketika musim sejuk ais di lautan utara boleh mencapai ketebalan sehingga 2 meter! Kapal konvensional biasa pasti akan terperangkap kerana tidak mampu meloloskan diri dari kepungan ais. Kapal pemecam ais kelas Arktika ini dibina dengan dua lapisan badan. Lapisan pertama setebal 48 milimeter yang tidak mudah dirobek seperti badan Titanic bila melanggar ais. Uniknya kapal kelas Arktika ini ialah ia boleh memecahkan ais ketika bergerak kedepan maupun kebelakang pada kelajuan 19 kilometer sejam. Kerana ianya menggunakan tenaga nuklear, kapal ini mampu beroperasi selama 4 tahun tanpa perlu mengisi bahan api. Untuk tujuan keselamatan kapal ini mempunyai dua reaktor nuklear. Jika salah satunya rosak reaktor back up boleh dihidupkan dan menghasilkan sehingga 75 000 kuasa kuda kepada 3 kipas gergasi di buritan kapal. The only kelemahan yang ada pada kapal ini ialah ianya hanya boleh beroperasi di lautan sejuk. Ini adalah kerana sistem penyejuk reaktor kapal ini memerlukan air sejuk tahap beku untuk memastikan ia tidak akan menjadi Chernobyl atau Fukushima diatas lautan.






Laporan asal TheBrigade

23 comments:

  1. yg mamat tu selamba je skinny dip dlm ais. keras la lancau siot.

    ReplyDelete
  2. no radioactive leakage?
    kalau skrg ni dah global warming, apa kes?

    ReplyDelete
  3. giler selambe mandi dlm ais...

    ReplyDelete
  4. pergh! looks really badass~ demmit!!

    ReplyDelete
  5. really bad ass!! i seen man swimming with cold water,,hahaah

    ReplyDelete
  6. Bukan nak cakap ape, aku ni SEAMAN...jadi, apa yg aku nak cakap ialah MAKANAN DALAM KAPAL MEMANG SYOK punyaaa.... :) kalau makan ayam, dia org kasi half chicken utk sorang... mula mula aku memang terkejut, tapi dah lama2 baru aku dpt terima..haha.

    Kalau kapal Russia kat atas tu, aku rasa baik jgn kerja dgn dia org..bagi yg MUSLIM, kalau kerja kat kapal org barat, kena kuat iman, cuz dia org akan minum wiskey or beer utk panaskan badan mereka dari cuaca yg sejuk sangat2.. lebih-lebih lagi kapal kat atas tu, memang tulen2 kat ICE..ahahahhaa.

    ReplyDelete
  7. KAPAL YANG SANGAT COOL...ntah bla Malaysua nak buat kapal...buat bot pun belum betul...hahahaha.

    BTW.........

    THE NEW IPHONE 5 LAUNCH TODAY....LOL.

    ReplyDelete
  8. Ni yang USA dan Israel Yahudi jelous ni, tak boleh tengok negara2 lain lebih hebat, maju dan kuat sikit! Mulalah nak lakukan sesuatu taktik supaya bangsa2 lain lebih rendah daripada mereka.........

    Contoh paling mudah; baru2 ini Syarikat Apple - pembuat iPhone dan iPad membuat tindakan mahkamah supaya dihalang kemasukan di pasaran Eropah dan Benua Amerika - tablet canggih Samsung Galaxy Tab sebab, diorang risau yang Samsung Galaxy lebih hebat dan canggih bakal mengatasi pasaran iPad, Bulklshit Apple!

    ReplyDelete
  9. Menurut maklumat sulit, pelancaran iPhone5 terpaksa ditangguhkan dari Julai 2011 ke Oktober ini kerana :-

    1) Memberi ruang kepada tindakan mahkamah keatas Samsung Galaxy kononnya dakwaan 'melanggar paten'. Dengan ini jualan Samsung dapat disekat dipasaran buat sementara, hingga iPad5 menguasai pasaran dunia.

    2) Terdapat masalah kepanasan processor circuit pada iPhone5 yang memungkinkan berlaku risiko kebakaran akibat frame yang nipis.

    ReplyDelete
  10. ehh...selamber je mandi dlm tu...suam kot air kat situ..bangang

    ReplyDelete
  11. buat kapal besar2 macam tu semata2 utk pecahkan ais?? what the FISH!!

    ReplyDelete
  12. err...ni cerita pasal kapal pecah ais...x perlu kot nk ckp psl iphone5 n apple or whatsoever..thanks.only my opinion

    ReplyDelete
  13. mamat yang berenang tu memang frost balls of steel!

    ReplyDelete
  14. pedulik hape aku nak cakap pasal iphone ke ipepek n kapal ni.kasi cocok mata sudah.phuihhh!

    ReplyDelete
  15. in soviet russia...ship sink the iceberg...

    ReplyDelete
  16. hohoho! kalau dia atas lautan biasa kalau macam kat negara kita dia boleh meletup lah ekk? eiii sram pulak rasa, lautan darah la jadinya.


    TIPS BELOG BUAT SEMUA BLOGGER BARU

    ReplyDelete
  17. aku bukan nk cakap ape la... kedah baru nak lancar iPoen5 esok.... lol..

    cool doh. tp pasal amerika nk jeles, aku x setuju. jadahnye diorg nk jeles. diorg pon dah buat kapal carrier n sub nuke powered kan?. dh mmg 2 ekor tu dari dulu duk tunjuk sapa hebat tang nuclear tech (cold war). so.. tade la istilah jeles2 dee... lain la kalo tetibe malaysia buat technology gune gelang ac mizal letak lam kapal selam tayah refuel selama 10 tahun... sape x dengki gitu oit.......... susah2 org blaja nuclear science senang2 mamat rebonding 4u2c letak gelang seketul kat burit kapal.... pfftt~

    ps : anda butthurt anda MLM.

    ReplyDelete
  18. aku pulak yg over menggigil tgk gmbar mamat tu berenang...damm sejuk

    ReplyDelete
  19. tak kejung plak mamat tu mandi kt c2

    ReplyDelete
  20. ska komen mmg best...mamat rambut bapok tu blh buat apa...dia cakap masuk BN lg banyak untung...sudah untung blh buat ini kapal la...tak payah letak dalam buritan kapal punya la...

    ReplyDelete
  21. titanic bkn karan sbb permukaan ais mcm ni.. titanic karan sbb iceberg.. lg besar n tumpat..

    ReplyDelete
  22. mamat yg tanpa baju tu x beku ke mandi..tebal kulit dia..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails