Saturday 30 November 2013

Serius Cool - Formula E Spark-Renault : Berlumba Di Putrajaya Tahun Hadapan (16 Gambar)


Elektrika!

Majoriti pengeluar kenderaan kini menghasilkan kenderaan elektrik ataupun hibrid mereka kerana umum diketahui bahan api fossil akan kehabsan. Formula E ialah perlumbaan kerete elektrik utama yang dibawah payung FIA dan ianya akan bermula September 2014.  Formula E Spark-Renault ialah kenderaan yang bakal digunakan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian. Kenderaan ini adalah elektrik sepenuhnya dan mempunyai motor dengan kemampuan 270 kuasa kuda yang mampu memecutkan kereta ini ke kelajuan maksimum 220 kmj . Kerana ianya kenderaan elektrik walaupun pada kelajuan maksimum ia hanya akan menghasilkan 80 desibel bunyi berbanding 147 decibel yang dihasillan kereta F1. Bandar-bandar yang bakal menjadi litar perlumbaan Formula E ialah Beijing, Putrajaya, Hong Kong, Punta del Este, Buenos Aires, Los Angeles, Miami, Monte Carlo, Berlin dan London. Yep tahun hadapan pada 18 Oktober anda boleh melihat sendiri perlumbaan ini di Putrajaya. Mark your calender! 




Laporan asal Formula E

4 comments:

  1. putrajaya?Sesuai sangat hari minggu jalan sekitar Putrajaya kebanyakan lengang

    ReplyDelete
  2. bgos jgk ni...dunia tgh krisis minyak,dorang habeskan minyak buat race...apa kejadahnya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails