Thursday, 28 November 2013

Serius - Kenapa Pemain Bola EPL Memakai Bunga Merah Pada Jersey Setahun Sekali?


Poppy Day

Setahun sekali di bulan November kami yakin anda akan melihat pasukan bolasepak inggeris akan meletakkan bunga bewarna merah pada jersi mereka. Tahukah anda sejarah disebalik bunga merah ini? Jika tak tahu hari ini kami akan menerangkan sejarah bunga merah ini.

Bunga merah ini ialah bunga Poppy. Ianya dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November. Ia memperingati hari berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918. Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915 puisi In Flander's Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban di Flander's Field Belgium. Pertempuran di Flender's Field ialah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung bunga Poppy merah yang ditanam di Flender's Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.

Budaya memakai bunga Poppy dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diadaptasi oleh Britain dan negara-negara Commonwealth. Amalan memakai bunga poppy di Amerika sudah pupus tetapi di Britain dan beberapa negara Commonwealth ianya masih diamalkan. Hari Remembrance Day kini juga digunakan bagi memperingati askar-askar yang tewas dalam setiap peperangan paska Perang Dunia Pertama. Pada hari yang sama Poppy Appeal diadakan dimana kutipan wang dari orang ramai dilakukan bagi membantu bekas askar yang memerlukan. Kalungan bunga kemudian diletakkan pada mana-mana memorial peperangan yang ada di seluruah negara. Ketika Malaya masih di bawah jajahan British, Cenotaph (tugu peringatan peperangan) terletak di Jalan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Kualu Lumpur. Ianya diubah ke lokasinya sekarang di Tugu Negara pada tahun 1964

Di Malaysia amalam memakai bunga poppy berlangsung sehingga akhir 60an. Kami tak tahu mengapa ianya dihentikan di negara kita tetapi kami rasakan mungkin dilakukan atas sebab patriotisme dan hari poppy ialah amalan peninggalan penjajah. Hari Poppy di Malaysia digantikan oleh sambutan Hari Pahlawan 

Jadi inilah sikit sebanyak sejarah disebalik bunga merah yang anda lihat di atas jersi Wayne Rooney, Fernando Torres dan Luis Suarez. Kini anda tahu apakah cerita disebalik pemakaiannya!




Laporan asal Wikipedia

8 comments:

  1. Bunga Poppy bukan buat candu ke?

    ReplyDelete
  2. apekah kaitannye dengan kumpulan Flop Poppy?
    hhmmmm..

    ReplyDelete
  3. Prince of Nood ingatkan dah retired.. tapi keep on comment blog lain.. weird.. ke yg tukang merepek skrng adalah orang yg sama? musykil..

    ReplyDelete
  4. aku igtkan gambar bontot baboon kat jersi diorg tu. rupenye bunga poppy

    ReplyDelete
  5. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

    OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

    DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

    TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

    DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

    TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

    INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

    IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















    ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

    ReplyDelete
  6. admin,

    just to inform entri ini telah dikongsi dlm blog aku... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails