Tuesday 12 November 2013

Serius Indo - Dua Ditahan Kerana Memakan Daging Orang Utan Di Kalimantan (6 Gambar)


Defuq


Dua orang warga Indonesia ditahan oleh Balai Konservasi Sumber Daya Alam Kalimantan Barat kerana membunuh dan memakan daging Orang Utan. Mereka dilaporkan melakukan jenayah ini khamis lalu. Hanafi (58) dan Ignasius Mandor  (50) menyembelih seekora orang utan yang berusia 20 tahun yang mereka temui tercedera ketika memburu. Menurut mereka ketika ditemui orang utan tersebut sudah nyawa-nyawa ikan dan pada pendapat mereka adalah lebih baik mereka memakan daging haiwan ini dari membiarkannya mati sia-sia. Menurut Hanafi juga daging orang utan adalah sedikit keras tetapi jauh lebih sedap dari daging babi, lembu ataupun kijang. Tindakan mereka menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan mereka kepada pihak berwajib. Suspek kini ditahan dan berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun jika didapati bersalah. Crazy. 





Laporan asal Daily Mail

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails