Thursday 14 November 2013

Serius Cool - Carbon E Bike : Basikal Elektrik Buatan Caterham (11 Gambar)


Yeah!

Pernah suatu ketika Caterham terkenal sebagai pengeluar kit car yang ternama. Caterham 7 sehingga sekarang dianggap legend kerana ianya ringat dan pantas. Kini Caterham lebih dikenali sebagai salah sebuah pasukan yang menyertai sukan F1 dan dimiliki oleh Tony Fernandes. Kini mereka memasuki arena penghasilan basikal elektrik pula. Carbon E Bike ialah basikal elektrik tahan lasak pertama buatan Caterham. Ia diperkasakan dengan motor 36 volt dan bateri lithium ion. Kasis basikal diperbuat dari gentian karbon dan aluminium bagi mengurangkan berat tetapi pada waktu yang sama mempunyai ketahanan hentakan yang baik. Rim basikal serta fork tayar juga diperbuat daripada gentian karbon. Basikal elektrik ini juga dilengkapi skrin paparan LED yang boleh menunjukkan kelajuan ianya dipandu dan tahap pengecasan bateri. Carbon E Bike keluaran Caterham Bikes akan mula dijual musim bunga 2014. Kerana Caterham Bike kini milik Air Asia kami yakin basikal ini akan terjual di Malaysia. Harga masih belum diumumkan so start saving!




Laporan asal Caterham Bikes

4 comments:

  1. gempak gila siak....tapi aku x mampu..hanya mampu melihat org2 kaya memilikinya....:'(

    ReplyDelete
  2. mesti harga dia mencecah harga sebijik kapcai

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails