Tuesday, 5 November 2013

Serius Cool - Hudway : Aplikasi Paparan Laluan Memnadu Pada Cermin Kereta (8 Gambar)


Nice!

Kami kerap kali menggunakan Waze ketika memandu kerana Waze dapat memberikan laluan terpendek dan paling tidak sesak ketika waktu puncak. Masalah yang ada sekarang ialah kami tak ada pemegang telefon di dalam kereta. Kalau mahu beli aksesori ianya terlalu mahal. Hudway ialah aplikasi iPhone yang memancarkan sisten panduan GPS terus pada skrin kereta anda. Secara automatik anda dapat melihat laluan yang perlu dipandu tanpa perlu melihat pada skrin telefon pintar. Ini bukan sahaja lebih selamat tetapi ianya juga sangat cool. Teknologi paparan jalan Head Up Display seperti ini hanya terdapat di dalam sesetengah kereta buatan Volvo tetapi menggunakan sistem paparan khas mereka sendiri. Dengan Hudway yang anda perlukan hanyalah telefon pintar dan pelapik latex yang mampu menahan telefon pintar dari terjatuh apabila diletakkan di atas dashboard kereta. Buat masa ini Hudway hanya boleh dimuat turun oleh pengguna IOS dan ianya percuma. 




Laporan asal Hudway

5 comments:

  1. aku x rasa bleh function kalau cuaca cerah mcm kat malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. Ok je bro ... Kereta aku toyota prius luxry ada HUD mcm ni waktu siang ok je...

    ReplyDelete
  3. Aku pakai keta Roll Royce Phantom pun xde function cenggini. Tqvm obe such useful info. Murah rezeki ko....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails