Tuesday, 7 August 2012

Serius Metroll - Bantuan Raket 1 Malaysia Bakal Diperkenalkan




Kuala Lumpur - Selasa - Sebagai tanda meraikan kejayaan Dato' Lee Chung Wei memenangai pingat Perak di Sukan Olimpik London 2012, Kementerian Belia Dan Sukan hari ini mengumumkan inisitaif Bantuan Raket 1 Malaysia. Bantuan Raket 1 Malaysia (BR1M) ialah satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional bagi mencari bakal baru sukan badminton bagi meneruskan legasi Punch Gunalan, Foo Kok Keong. Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Dato' Lee Chung Wei. Inisiatif ini diumukan kepada pihak media pagi tadi ketika majlis menyambut ketibaan wira negara Dato' Lee Chung Wei dari London di KLIA.

Jurucakap Kementerian Belia Dan Sukan, Encik Badrul Amin bin Ton yang kami temuramah pagi tadi berkata, wang untuk fasa pertama BR1M akan diambil dari wang ganjaran pingat emas ebanyak RM4 juta yang gagal dikutip mana-mana atlet negara di London. Dari membiarkan wang ini jatuh ke tangan kaki songlap lebih baik ianya diberikan kepada rakyat kurang bernasib baik yang meminati sukan badminton. Kupon bantuan BR1M bernilai RM100 boleh digunakan di kesemua toko barangan sukan utama seluruh negara. Ecncil Badrul Amin bin Ton juga menambah

"Pihak kami juga sedang dalam proses mengkaji sama ada mahu juga mengadakan Bantuan Basikal 1 Malaysia (BB1M) serta Bantuan Baju Renang 1 Malaysia (BBR1M). Ini adalah kerana sukan berbasikal dan terjun tiruk dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencari atlit terlatih masa hadapan. Seungguhnya kerajaan Barisan Nasional memandang ".

Kupon Bantuan Raket 1 Malaysia akan mula diedarkan di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, negeri kelahiran Dato' Lee Chong Wei selepas syawal. Encik Badrul Amin bin Ton sempat mencelah

"Raket telah kami bagi...... kini masa membalas budi! Kembalikan Penang kami"



26 comments:

  1. Badrul Amin bin Ton=badminton?
    hahahaa

    ReplyDelete
  2. baskin robin 1 malaysia (br1m)

    ReplyDelete
  3. Kerana kegagalan untuk mendapatkan pingat emas, kerajaan telah melancarkan bongkah emas berbentuk pingat yang dipanggil Pingat Emas 1 Malaysia (PE1M) yang membolehkan rakyat Malaysia membeli dan membuat pelaburan emas. Atas dasar dan nilai komersial, PE1M yg merupakan emas 999 seberat 100g emas dijual lebih tinggi berbanding harga pasaran emas semasa, namun sekiranya hendak dijual semula, harga beliannya sama mengikut pasaran semasa. Ini merupakan masa yang sesuai dan peluang untuk semua rakyat jelta untuk membuat pelaburan emas, kata Menteri Kewangan 2, Dato Emas bin Gold. Dengan ini, setiap rakyat boleh mempunyai Pingat Emas sendiri, dan dengan ini juga kerajaan telah melancarkan Skim Satu Rumah Satu PE1M

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang, panjang sangat kot. Ini komen ke novel?

      Delete
    2. Novel mau 400 pages punya. Ni dalam kategori Cerpen - Cerita Pendek

      Delete
  4. "Raket telah kami bagi...... kini masa membalas budi! Kembalikan Penang kami"
    FTW! Hahaha

    ReplyDelete
  5. Segala nikmat dunia ni bukan datang dr Kerajaab BN la mangkok...sepatutnye bersyukur kt Allah,bukan kt manusia...jilatla bontot BN slagi boleh Obe..bile pembangkang dah naik, kami semua akan cadangkan blog mengampu ko ni kene block..tggu n lihat jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik underBear, encik underBear sedar bahawasanya artikel ini adalah parodi semata-mata, bukan? Encik underBear sedar yang Obe adalah neutral, tak sokong kerjaan waima pembangkang, bukan? Anda sedang trolling, bukan? Kerana, jika tidak, komen yang taip ini kelihatan sangat dangkal dan menampakkan yang anda baru pertama kali membaca artikel-artikel bersifat menyindir oleh Obe.

      Delete
    2. underBear xpaham sarcasm kot..

      Delete
    3. underBear mgkin baca dgn satu nada...sbb tu tak tau ianya sarcasm....

      Delete
    4. underbear pencacai DAP

      Delete
  6. "Raket telah kami bagi... kini masa membalas budi"

    PUNGKOQ

    ReplyDelete
  7. haha.. sume bnde nk 1malaysia benci plk aku..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails