Monday, 6 August 2012

Serius Konsep - Konsep Muzium Sejarah Alam Semulajadi Copenhagen (15 Gambar)


Very Nice...


Kami pernah nyatakan banyak kali muzium kegemaran kami ialah Muzium Sejarah Alam Semulajadi di London. Ianya muzium pertama dimana kami dapat pegang tulang dinosour dan melihat dengan mata kepala kami sendiri spesimen yang digunakan Darwin di atas HMS Beagle untuk mendapat konklusi teori evolusinya. Sebagai seorang SCIENCEFAG pengalaman melihat spesimen sebegini sangat mengujakan. Di muzium ini juga anda boleh melihat betapa indahnya bumi ciptaan tuhan. Kalau tak terasa kagum dengan apa yang ada dimuka bumi ini silalah melawat muzium yang terletak tak berapa jauh dari Harrods. Harrods pun ada dah kat Kolumpo. Baik pergi muzium yang hebat ini dari shopping macam isteri pemimpin despotik benua Afrika.

Anyways di Malaysia kita tak ada Natural History Museum. Muzium yang ada macam terlalu generik dan tidak ada pengkhususan. Ini mungkin penyebab kenapa orang Malaysia KURENG menggemari sains dan sejarah. Such a shame really. Kita lebih banyak pusat beli belah dari gedung menjual ilmu kepada anak watan.

Di Denmark, kerajaan negara Eropah ini menyedari keperluan memupuk semangat cintakan sains dikalanan rakyatnya. Instead of buat lagu sampah sempena hari merdeka, kerajaan Denmark sedang dalam usaha menaik tarafkan muzium sejarah semula jadi yang sedia ada yang terletak di Copenhagen. Muzium baru ini mempunyai rekaan sekaan struktur sel yang dilihat menggunakan mikroskop. Pada bahagian dalamnya pula terdapat galeri yang mepamerkan tulang paus yang tergantung pada siling. Sekali lihat macam rangka paus ini berenang-renang didalam lautan. Selain itu terdapat juga galeri haiwan yang telah pupus seperti Mamot Gergasi dan Harimau Sabertooth. Rekaan seakan struktur sel ini juga functional dimana ia membenarkan pencahayaan semula jadi. Ini mengurangkan penggunaan lampu sekaligu membuatkannya bangunan mesra alam.

Cool stuff. Kami berharap kerajaan Malaysia kelak akan mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah muzium yang secool konsep muzium Copenhagen di bawah. Paling kurangpun naik tarafkan Muzium Negara dan Pusat Sains Negara yang bahan pamerannya agak lesu. Ini pendapat kami . Kalau tak setuju sila bantah.








Laporan asal DesignBoom

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails