Monday 6 August 2012

Serius Cool - Set Headphone dan Earphone Edisi Usain Bolt (7 Gambar)


Ya mon!

Umum diketahui Usian Bolt memenangi takhta manusia terpantas dunia awal pagi tadi selepas memenangi acara pecut 100 meter sukan Olimpik. Bila sudah terkenal maka ramailah syarikat kapitalis akan cuba menggunakan nama beliau untuk melakukan produk buatan mereka. Salah sebuah syarikat yang cuba melakukan perkara diatas ialah SOUL.

Soul ialah syarikat pembuat headphone dan earphone milik penyanyi rap Ludacris. Soul ada menghasilkan set headphone dan earphone yang direka selepas menerima input dari pelari yang berasal dari Jamaica ini. Headphone SL300JAM ialah headphone yang direka khas untuk kegunaan Usain. Pihak Soul mendakwa headphone ini tahan peluh bagi memudahkan Usain berlatih sambil mendengar muzik. Rekaan warnanya diilhamkan dari bendera negara Jamaica. Run Free pula ialah sepasang earphone yang juga menerima sentuhan Usain Bolt. Ianya boleh ditambat secara Bluetooth ataupun menggunakan kabel audio yang disadur dengan emas tulen. Harga SL300JAM dan Run Free masing-masing ialah USD350 dan USD 200 setiap satu.





Laporan asal SOUL

13 comments:

  1. laju sungguh hang,macam usain bolt.

    ReplyDelete
  2. Perghh.. Usin Skang ni pon nak bisnes.. kalah Dr dre pasni meh..

    http://webberita.com/eyriqazz-vs-denaihati.html

    ReplyDelete
  3. mmg cool........

    http://ohmylensa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Hussein Bolkhan nama kampung dia.. jadi warga negara jamaica tukar jadi Usain Bolt.. cit!

    ReplyDelete
  5. ni nak lawan beats by dre la ni... soul by bolt... lepas ni apa lak? harmony by lin dan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama naik kat TT la...biol tapak suleman ni.hahahhaha eh,tp tu bukan hang. kah...kah...kah... kena pemain. hang patut jadi squidward la... dakpon plankton.

      Delete
    2. ooo pasal tu... ntah bengong tul... aku pun ada org nak menyamar... cuba la menyamar jadi org yg glamer sikit cam obe ke, abang nara ke, abang ben ke, amenoworld ke takpa la jugak

      Delete
    3. kau stay sebagai tapak sulaiman!

      Delete
  6. beat it

    Kuda hitam aduh... kuda hitam
    Tak dihitung namun berbahaya
    Lari tenang aduh... pelan-pelan
    Tau-tau bisa nyampai keluan

    Gadis manis aduh... kulit hitam
    Hidung mancung abang... berbahaya
    Tenang-tenang aduh... menghanyutkan
    Tau-tau bisa bikin kejutan


    Kalaulah naik kuda hitam
    Lari kencang nafas pun panjang
    Kalaulah punya pacar hitam
    Walau hari panas senyum senang

    Jangan marah aduh abang-abang
    Hati-hati hidup di dunia
    Jangan pandang remeh pandang ringan
    Aku nyanyi bukan sembarangan

    ReplyDelete
  7. si usin ni dulu keja hardware.la ni dah maju hang no...dah wat speker telinga..

    ReplyDelete
  8. Menunggu yang fake kat Uptown je la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails