Friday, 3 August 2012

Serius Cool - Studio Animasi PIXAR (18 Gambar)


For the win!

Minggu ini kami banyak paparkan ruangan pejabat. Ini adalah kerana kami sedang mencari inspirasi untuk ruangan pejabat baru kami. Bulan depan Obefiend akan berpindah ke rumah baru dan beliau mahu sebuah office yang bad ass serta kewl untuk kegunaan harian. Ketika buat research terjumpa pelbagai gambar pejabat-pejabat syarikat yang awesome.

Hari ini giliran studio PIXAR pula. PIXAR seperti yang kita sedia maklum bertanggung jawab menghasilkan UP, Toy Story, The Incredible, Hikayat Hang Setia dan Finding Nemo. Studio inilah yang merubah dunia animasi dunia. Kerana kewujudan PIXAR dan keberuntungan francais Toy Story, studio-studio lain juga berlumba-lumba menghasilkan filem animasi 3D mereka sendiri.

Studio yang terletak di Emeryville California ini dibina atas arahan Steve Jobs pada tahun 1999. Pada ketika itu PIXAR masih dimilik Apple sebelum ianya dijual kepada Disney dengan harag USD 7.4 billion. Anyways studio animasi ini menerapkan elemen rekaan yang diperhalusi oleh Arwah Steve. Sebagai contoh beliau mahukan sebuah ruang pejabat yang membenarkan perkongsian idea dengan mudah. Ruangan atrium gergasi diletakkan di tengah-tengah kampus dan dijadikan focal point untuk pekerja Pixar berinteraksi. Kampus ini menjadi tempat kerja kepada 1200 orang. Keluasannya pula ialah sekitar 20 ekar. Disekeliling kampus terdapat amphiteater yang mampu menempatkan 600 orang, padang bola, kolan renang bersaiz Olimpik dan trek jalan kaki.

Persoalannya sekarang bila kita akan melihat kampus gergasi yang sama dari Las Copaque dan Animonsta Studios? Tak sabar!








Laporan asal RottenTomatoes

14 comments:

  1. Malaysia should have more workplaces like this..Perhaps KRU can give it a shot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kru je tapi mohon semua opis mcm ni baru malas nak ambik mc

      Delete
  2. tak cantik pon...pejabat FLOM lagi cantik.

    ReplyDelete
  3. Orang barat mula mempertengahkan konsep santai di pejabat. Mungkin nak mengurangkan stres..

    Check out my latest post on mfadhlan.com

    ReplyDelete
  4. ofis dah macam rumah weh=kita akan rasa macam kerja kat rumah=stressless

    ReplyDelete
  5. http://shazwan-dendangperantau.blogspot.com/ >> marilah belajar ayat Dia...semoga kamu tahu

    ReplyDelete
  6. ade yang sibuk pulak nak mengiklankan diri masing2. -.-'

    ReplyDelete
  7. Kalau buat "Rumah" dalam pejabat kat Malaysia nie rasanya lebih banyak yang tido daripada buat kerja. Maklumlah ada ruang bersantai yang lebih selesa. Bangun kat rumah, sambung tido kat pejabat pulak. Maklumlah dah "terlebih" selesa. Btw, nice concept dan aku rasa nak buat macam nie kat opis haku. Kui-kui-kui.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails