Thursday, 2 August 2012

Serius Cool - Masjid Lyalya Tyulpan, Republik Bashkortostan (15 Gambar)


Masjid BungaTulip

Masjid ialah pusat komuniti maysarakat Islam seluruh dunia tidak mengira dimana mereka berada. Di Malaysia mungkin boleh dikatakan masjid yang ada adalah under utilised dan hanya berfungsi sebagai tempat solat dan kuliah agama. Di negara bukan Islam masjid lebih hidup kerana segala aktiviti muslim setempat dilakukan didalam perkarangan masjid. Hari ini mari kita melihat Mechet Lyalya Tyulpan yang terletak di Ufa, Republik Bashkortostan Russia.

Yes ini nama sebuah negera yang berada didalam Persekutuan Russia. Bashkortostan ialah sebuah republik yang diberi kuasa autonomi oleh Russia dan Presiden Boshkortostan dilantik sendiri oleh Presiden Russia. Majoriti penduduk Bashkortostan ialah Islam Sunni dari mazhab Hanafi. Bashkortostan menyertai apa yang kita kenali sebagai Russia pada kurun ke 16.

Machet Lyalya Tyulpan(Masjid Tulip Kembang) ialah masjid terbesar di Bashkortostan dan ketiga terbesar di Russia. Ianya dibina pada tahun 1990 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Seperti yang adan boleh lihat rekaan menara Lala Tulpan unik dan berbeza dari rekaan menari masjid konvensional. Ini adalah kerana ia diilhamkan oleh bunga tulip dan sebab itulah juga masjid ini mengambil nama sempena bunga tulip. Masjid Lala Tulpan juga mempunyai sebuah madrasah pengajian agama. Ruang solatnya pula boleh dipenuhi 1000 orang makmum pada satu-satu masa. Mari kita lihat rekebentuk masjid Russia ini dan bandingkan dengan masjid yang ada di negara kita. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Yang penting semuanya sujud pada Allah yang satu.








Laporan asal Kukmor via English Russia

18 comments:

  1. uihh..ada 3 segi.freemason ni!kahkahkah *typical meleis

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) sendiri buat lawak freemason...
      2) tak klakar langsung pulak tu...
      3) ketawa sendiri..
      4) pastu nak kata typikal meleis...

      apa bangang ko ni?

      Delete
    2. syok sendiri la kau ni..kau bukan melayu ke??

      #typical tolol

      Delete
  2. nak wuduk leh pilih air panas or sejuk....

    ReplyDelete
  3. freemason... freemason everywhere...
    btw, mcm mana nk sebut nama negara tn masjid tu?

    ReplyDelete
  4. kita ni asyik paparkan senibina2 masjid, bangunan2 luar negara je... rasa2 ada tak blogserius versi belanda ke versi argentina ke versi jepun ke paparkan senibina2 masjid besi ke, masjid shah alam ke, masjid putra ke, bangunan klcc ke, bangunan kl sentral ke lepas tu tulis kat tajuk Seriusu Cool

    ReplyDelete
  5. sebelom aku mati, aku nk melawat masjid ni. agak menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa amin kan utk lu boz...amiiinnn.
      tp pegi ke 3 masjid utama dulu,yg ni list ke-4

      Delete
  6. dalam senibina..bentuk2 bangunan ni akan beri tenaga kepada org kat dalam...sebab tu masjid ade dome, gereja pon same.. cuma yg membeza kan nye ape tenaga yg disalurkan,smada negative atau positve..sebab tu org ade cakap..bile gi masjid dapat rase aura positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti ko tgk the arrival kan?

      Delete
    2. rugila orang zaman awal Islam. Masjid nabi yg mula2, takda kubah ke dome ni semua. Takder aura positif la zaman tu..= so, takder tenaga la org hidup zaman Nabi tu...?.tapi.... oh wait..

      Delete
  7. gambar terakhir tu cantik giler

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails