Thursday 21 November 2013

Serius Klasik - Convertiplane : Teknologi Transformers Yang Dihidupkan Semula (13 Gambar)


Pelik Tetapi Benar

Terdapat pelbagai kenderaan direka sejak berdekad lamanya bagi mennghasilkan pesawat yang benar-benar menggabungkan kemampuan terbang menegak seperti helikopter dan terbang mendatar pada kelajuan tinggi seperti jet. Antara pesawat yang mempunyai teknologi Vertical Take Off And Landing (VTOL) ialah BAE Harrier dan Boeing V-22 Osprey. Harrier mampu mengubah arah tujahan jet dengan menggunakan muncung jet boleh ubah. Osprey pula mempunyai kipas gergasi yang berputar. Tetapi bagi kami teknologi VTOL paling aneh ialah teknologi yang diberi nama Convertiplane.

Convertiplane ialah seakan sebuah kenderaan transformers. To be exact it reminds of SWITCHBLADE, pesawat milik penjahat siri animasi M.A.S.K. Pesawat convertiplane mempunyai bilah kipas helikopter yang kemudian boleh disimpan di dalam pesawat apabila pesawat di dalam mod penerbangan mendatar. Paling aneh tentang convertiplane awal ialah mereka menggunakan hanya satu bilah kipas helikopter untuk terbang menegak. Nampak agak cacat.

Percubaan awal dilakukan oleh NASA dan Sikorsky dengan XV-2 . Beberapa lakaran dilakukan tetapi prototaip pesawat ini tidak pernah dibina. Pada waktu yang sama terdapat perancangan menggunakan teknologi Convertiplane untuk pesawat kargo juga. Idea convertiplane tidak pernah digunakan secara meluas dan dilupakan sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa pesawat UAV experimental seperti Boeing X 50 Dragonfly menggunakan teknologi yang hampir sama. Kipas helikopter  Dragonfly berputar untuk terbang menegak sebelum dihentikan dan menjadi sayap. 

Idea yang cukup gila dan yang menariknya ialah melihat teknologi yang dilupakan selama puluhan tahun dihidupkan semula. 



Laporan asal Wikipedia
Gambar I am Modellist  , Sikorsky Archive

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails