Wednesday 3 July 2013

Serius - Written In Bone : Kisah Sahabat Sehidup Semati Gordon Krantz Dan Anjing Beliau (8 Gambar)


BFF Sebenar

Jika anda pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History anda akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi nama Written in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang) yang terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan Sasquatch.  Ketika muda Prof Krantz terkenal dengan cara hidup beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alcohol sehinggalah pada suatu hari beliau membeli seekor anak anjing dari baka Irish Wolfhound. Menurut Prof Krantz Clyde membantu beliau untuk pulih dari masalah ketagihan alokohol. 

Clyde meninggal dunia pada tahun 1973 dan Prof Krantz menanam anjing kesayangan beliau di belakang rumah. Beberapa tahun selepas itu Prof Krantz menggali semula rangka Clyde untuk disimpan. Pada tahun 2002 Prof Krantz didapati mengidap kenser pankreas. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia beliau menalefon teman beliau David Hunt yang bekerja di Smithsonian dengan tawaran yang aneh. Prof Krantz berkata beliau mahu menyedekahkan tubuh beliau kepada Smithsonian untuk tujuan sains dengan syarat beliau akan dipamerkan bersama dengan Clyde. Prof Krantz mahu terus mengajar generasi akan datang walaupun selepas beliau meninggal dunia. Tawaran aneh beliau ini mengejutkan Hunt dan juga isteri Prof Krantz tetapi mereka berdua bersetuju untuk melunaskan pesanan terakhir Prof Krantz apabila beliau meninggal dunia.

Pada tanggal 14 Februari 2002 Prof Krantz akhirnya meninggal dunia pada usia 70 tahun. Tubuh beliau dihantar ke "Body Farm" milik University of Tennessee yang terkenal sebagai tempat lahirnya sains forensik pereputan mayat manusia moden. Selepas setahun dibiarkan mereput di Body Farm untuk tujuan sains, rangka Prof Krantz dihantar ke Smithsonian untuk disimpan. 

Pada tahun 2009 akhirnya rangka beliau dan Clyde dipamerkan sekali. Sebuah gambar yang diambil semasa mereka masih hidup dijadikan asas penggayaan mereka di dalam balang pameran.  Written in Bone kini menjadi antara tarikan di Smithsonian Museum of Natural History. Ianya sebuah monumen persahabatan antara manusia dan anjing kesayangannya. Touching stuff......




Laporan asal Seattle Times dan Washington Post

9 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails