Masjid China di bumi Indonesia
Awal Ramadan lalu kami paparkan Masjid Besar Xi'an yang mempunyai rekabentuk tradisional cina. Hari ini mari lihat Masjid Cheng Hoo yang terletak di Surabaya dan ianya juga mempunyai seni rekaan masyarakat cina. Masjid ini dibuka pada tahun 2002 dan rekaannya diinspirasi dari rekebentuk Masjid Niu Jie Beijing. Kos pembinaan masjid yang mampu memuatkan 100 orang makmum ini ialah Rupiah 3 300 000 000 (RM 10 Juta). Masjid ini mempunyai panjang 11 meter dan lebar 9 meter. Panjang 11 meter melanbangkan said Kaabah manakala lebar 9 meter simbolik terhadap Wali Sembilan yang dikatakan menyebarkan Islam di Indonesia. Selain daripada itu rekaan pagoda pada bumbung masjid ini mempunyai 8 penjuru mewakili angka 8 yang dianggap bernasib baik dikalangan bangsa cina. Jika anda ke Surabaya jangan lupa melihat masjid rekaan cina di Indonesia. Kalau di Malaysia pula boleh pergi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang yang juga mempunyai rekaan etnik cina.
Laporan asal Masjid Cheng Hoo
cantik
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDeletehttp://arena-motosikal.blogspot.com/
adakah ia membazir??100 org jemaah 10juta???
ReplyDeletesaid tu menda said tu?
ReplyDelete