Wednesday, 17 July 2013

Serius Konsep - KAI KF-X : Pesawat Stealth Korea Selatan Dan Indonesia (16 Gambar)


Stealth!

Korean Airspace Industries KF-X ialah projek pesawat stealth yang diusahakan oleh Korea Selatan dan Indonesia. Pada awalnya projek KF-X ialah projek menghasilkan pesawat tempur buatan tempatan bagi menggantikan F-5E Tiger dan F-4 Phantom yang digunakan oleh Tentera Udara Republik Korea. Tetapi setelah beberapa tahun dalam pembangunan,pihak tentera Korea Selatan merasakan pesawat dengan kemampuan sukar dikesan radar (stealth) adalah perlu bagi menentang Korea Selatan. Projek pembinaan pesawat buatan tempatan ini adalah selari dengan projek kereta kebal K1A1 dengan tujuan mengurangkan pergantungan kepada teknologi yang diimport.

Pada tahun 2010 Indonesia dilaporkan berminat untuk melakukan usahasama dengan Korea Selatan bagi membangunkan KF-X. Indonesia bersedia menanggung 20% kos projek pesawat baru ini dan akan membeli sekurang-kurangnya 50 KF-X apabila projek usai kelak.

Pada tahun 2011 dua rekaan variant KF-X diperlihatkankan. KF-X C200 ialah pesawat tempur stealth dengan dua sayap kecil (canard) pada bahagian hidung serta mempunyai tempat meletakkan senjata di dalam badan pesawat. KFC C100 pula tidak se "stealth" C200 dan membawa senjata pada luaran pesawat. Pada waktu ini kos projek KF-X sudah semakin meningkat. Dikatakan untuk menghasilkan prototaip pertama Korea Selatan dan Indonesia perlu membelanjakan 10 Trillion Won (RM 28.5 Billion). Projek ini mendapat tentangan di Korea Selatan kerana jauh lebih mahal dari membeli pesawat yang sedia ada di pasaran keluaran negara lain. Di Indonesia pula ramai cendikiawan merasakan ianya juga terlalu mahal untuk Indonesia. Tambahan lagi pihak Korea Selatan tidak mahu berkongsi sepenuhnya teknologi yang bakal digunakan untuk pembinaanya kelak.

Awal bulan ini projek ini dibekukan oleh Korea Selatan kerana kos yang semakin melambung. Korea Selatan akhirnya memilih untuk membeli Eurofighter Typhoon sebagai pengganti pesawat lama mereka. Sungguhpun begitu projek KF-X masih dipercayai akan diteruskan.

Indonesia pula masih mahu meneruskan projek ini sudahpun melaburkan terlalu banyak nada untuk membiarkannya terbazir begitu sahaja.

Jadi kepada anda yang sering bertanya "Kenapa Malaysia tak buat sahaja pesawat sendiri?". Ini jawapannya. Mahal gila!





Laporan asal Wikipedia

7 comments:

  1. tuan admin, tak typo tak sah. tau la puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya untung proton leh ja wat :)

      Watch English & Malay Movie Online Streaming @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. typo,typo,typo,typo,typo,typo,typo,typo,typo,typo,

    ReplyDelete
  3. adoi gemuk letih puasa ker ape taipo cam nakharomm

    ReplyDelete
  4. bkn setakat mahal. tapi kepakaran failed. buat potong dan porudua jela.

    ReplyDelete
  5. mcm design f22 raptor je. eyy China punye stealth fighter yg tiru sebijik f22 tu jd ke x?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails