Tuesday 23 July 2013

Serius Konsep - Jiyukukan : Koc Tidur Untuk Keretapi Halaju Tinggi Jepun (13 Gambar)


Jepun

Kereta Shinkansen memang keretapi yang sinonim dengan Jepun. Kereta "peluru" ini boleh memecut sehingga 320 kilometer sejam. Jiyukukan ialah konsep gerabak tidur Shinkansen masa hadapan. Apabila L0, model Shinkansen terkini mula beroperasi pada tahun 2016, ia mampu memecut sehingga 581 kilometer sejam Central Japan Railway Company pemilik Shinkansen mahu keretapi mereka memberikan keselesaan setanding kabin kapal terbang. Dengan kabin yang lebih selesa mereka berharap lebih ramai penumpang akan memilih menaiki Shinkansen untuk perjalanan melebihi 1000 kilometer di dalam Jepun. Jiyujukan ialah konsep gerabak tidur yang dihasilkan oleh Marco Peter dari Umea Institute of Design Sweden. Setiap gerabak memuatkan 44 pod tidur dan 4 bilik mandi. Marco mendapat inspirasi rekaan Jiyukukan dari hote kapsul yang popular di Jepun. Very nice!



Laporan asal UID

5 comments:

  1. canggih.. ni baru sedap nk tidur.

    ReplyDelete
  2. kalau dah 581 KM Sejam, sempat ke nak tidur??baru korek bontot, dah sampai..lol..nak bisjut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk distance 1000km... perlu masa 2 jam nak sampai

      Delete
  3. heih,, malaysia klau ader konfirm,, best jer nak balik kampung,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails