Wednesday 3 July 2013

Serius Klasik - Sir Vival : Inovasi Kereta Paling Selamat 1950an (13 Gambar)


Weirdo!

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, industri pembuatan automotif Amerika Syarikat berkembang baju. Jumlah kereta di atas jalanraya juga meningkat secara mendadak dan selari dengan itu jumlah kematian akibat kemalangan juga bertambah. Kereta yang direka sekitar 1950an tidak dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti tali pinggang dan stereng boleh terlibat.

Pelabagai inovasi dihasilkan pada dekad ini bagi memastikan pemandu tidak akan terbunuh sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Sir Vival ialah konsep kereta "paling selamat" yang direka oleh W Jerome dari Massachusetts. Beliau mengubahsuai sebuah kereta Hudson 1948 menjadi kerana aneh Sir Vival ini. 

Sir Vival mempunya bahagian depan yang boleh berpusing yang dipasangkan pada sebuah engsel kepada bahagian belakang. Bahagian depan ini diharap dapat menyerap hentakan jika berlaku perlanggaran secara hadapan. Bahagian kabin penumpang akan terselamat dari remuk. Bahagian tepi Sir Vival juga dilengkapi bumper getah untuk menyerap hentakan pada kelajuan rendah. Inovaso paling ketara ialah tempat duduk pemandu yang lebih tinggi dari tempat duduk penumpang. W Jerome percaya jika pemandu duduk seorang diri beliau tidak akan diganggu penumpang dan boleh menumpukan 100% perhatian pada jalanraya. Cermin berbentuk ini tidak dilengkapi pengelap cermin konvensional kerana dikatakan menghalang pemandangan ketika hujan. Cermin silender ini berputar dengan sendiri dan terdapat pengelap tingkap menegak pada bahagian belakang pemandu yang akan mengelap kotoran. Kabin Sir Vival juga mempunyai ciri keselamatan lain seperti pelapik lembut serta roll cage.

Idea W Jerome tidak mendapat sambutan hanya beberapa prototaip dihasilkan. Kinda sad. This car looks super cool.



Laporan asal Just A Car Guy

4 comments:

  1. nsb baek x dpt smbutan...klu x ape lh akn jadi pde kete2 model skng nie...huduh

    ReplyDelete
  2. Huduh tapi idea pengasingan enjin & kokpit masa kemalangan amat praktikal! Sayang tak dapat sambutan...tapi mungkin baik untuk company insurans sebab kurang kemalangan,kurang income.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails