Air Suci
Lebih kurang 60 kilometer dari bandar Port Au Prince Haiti terdapat sebuah air terjun suci. Air terjun Saut D'eau menjadi tempat lawatan tahunan ribuan penganut Kristian Voodoo Haiti bagi merawat penyakit mereka dan menerima berkat dari Virgin Mary. Menurut lagenda tempatan, lebih dari 100 tahun yang lalu,Virgin Mary muncul diatas sebuah pohon palma bersebelahan air terjun Saut D'eau. Kemunculan ibu Jesus ini mengakibatkan penganut agama Kristian Voodoo datang berbondong-bondong untuk melihat sendiri pokok palma yang kini dianggap suci. Kerana taksub dengan pokok ini mereka tidak lagi pergi ke gereja. Seorang paderi Perancis Katolik marah dengan perbuatan bida'ah ini memotong pokok palma tersebut tetapi penganut agama Kristian Voodoo masih datang melawat dan mula meyembah akar pokok yang tertinggal. Sekali lagi paderi Katolik ini pergi ke Saut D'eau dan membuang akar pokok palma yang tinggal. Tidak lama selepas itu beliau demam dan meninggal dunia. Penganut agama Kristian Voodoo percaya ini balasan tuhan terhadap apa yang dilakukan oleh paderi Katolik ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Julai ribuan penganut Kristian Voodoo Haiti akan datang kesini dan mandi secara pukal. Air Saut D'eau dianggap paling suci dan memberkati pada hari ulang tahun kemunculan Virgin Mary ini.
Anda pasti tertanya-tanya apa beza Kristian biasa dan Kristian Voodoo. Pada penghujung kurun ke 18, Revolusi Haiti berlaku dan amalan perhambaan dihapuskan. Haiti juga menjadi sebuah republik pada waktu yang sama. Penduduk berkulit putih melarikan diri dan ada yang dibunuh. Akibatnya Vatican enggan menghantar paderi Katolik mereka ke Haiti kerana ada paderi yang dibunuh. Kerana ketiadaan petunjuk dari paderi Katolik, agama Kristian dan kepercayaan pagan Voodoo bercampur menjadi sebuah agama baru iaitu Kristian Voodoo. Dewa-dewa Vodoo disembah bersama dengan tuhan Jesus. Adalah tidak aneh melihat penganut Kristian Voodoo melakukan penyembelihan pagan untuk Voodoo tetapi kemudian bersembahyang di gereja seperti penganut agama Kristian konvensional. So there you go. The difference between regular Christianity and Voodoo Christian in Haiti.
Laporan asal SMH
1st
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletesesat macam syiah la ni.. hahaha
ReplyDeletenow i know
ReplyDeleteseronok betul diorang mandi.
ReplyDeletemcm citer Avatar je aku tengok
ReplyDelete