Wednesday 31 July 2013

Serius Sadis - Bayi Mati Lemas Selepas Dibiarkan Semalaman Di Dalam Kereta


RIP Kiddo

Ini sebuah lagi kisah sadis yang melibatkan kematian seorang bayi akibat kelalaian ibu bapa. Dalam kejadian yang belaku di San Diego California ini, seorang bayi berumur 4 bulan mati lemas selepas dibiarkan semalaman di dalam kereta. Menurut laporan NBC, Israel Soto (30) dan Jessica Quezada (23) ibu bapa bayi ini pergi membeli belah pada hari jumaat yang lalu. Jasad bayi mereka ditemui oleh seorang ahli keluarga di dalam kereta mereka pada tengahari keesokan harinya. Apabila menyedari apa yang belaku Israel cuba menyelamatkan bayi beliau dengan memberi pernafasan mulut kemulut tetapi kesemuanya sudah terlambat. Menurut laporan NBC lagi suhu pada hari kejadian mencecah 36 darjah selsius. Israel dan Jessica ditahan oleh pihak berkuasa pada hari isnin atas kesalahan kelalaian dalam menjaga anak sehingga membawa kepada kematian. Pasangan ini mempunyai 3 lagi orang anak berumur 3, 2 dan setahun dan mereka semua kini di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sementar ibu bapa mereka ditahan. Ini merupakan kejadian kematian di dalam kereta ke 24 tahun ini di Amerika Syarikat. 

Kami tak tahu macamana parents dengan 4 anak boleh terlupa anak 4 bulan boleh tertinggal di dalam kereta sehingga semalaman. Tragis! Berbeza dengan di Malaysia, di Amerika Syarikat mereka berani menghukum parents yang lalai dengan hukuman penjara. Di Malaysia jarang sekali parents dihukum. We believe losing a child is not punishment enough. If you kill your kid due to your negligence you deserve to be jailed. #JustSaying


Laporan asal NBC

6 comments:

  1. beza dengan undang2 di malaysia-syukur malaysia masih aman

    ReplyDelete
  2. pergh nama israel. dasar yahudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je ramai orang nama Muhammad yang tak elok jugak.

      Delete
  3. ada beberapa kes di Malaysia melibatkan ibu yang dalam keadaan kelam kabut, terlupa anak tertinggal dalam kereta. Di Malaysia orang ramai merasa terlalu kasihan dengan si ibu yang kehilangan anak dan merasakan hukuman yang lain tidak patut diberikan. Tapi macam mane nak bendung masalah ini sekiranya tiada tindakan dilakukan? Ini bukan untuk kes tertinggal anak dalam kereta sahaja...patut diaplikasikan terhadap kes-kes pengabaian yang lain juga.

    ReplyDelete
  4. Tak pa bakso ada. Mee kari atau mee hoon sup pun ada. Tak dak hal lah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails