Wednesday, 17 July 2013

Serius - Apabila Rambut Nabi Dipertontonkan Di Kashmir (12 Gambar)


Mari!

Setahun sekali pada hari Maulud Nabi, penduduk Kashmir akan berpusu-pusu ke Keramat Hazratbal di Srinagar bagi melihat rambut nabi muhammad secara dekat. Rambut ini diberi nama Mo-e-Muqaddas (Rambut Rasulullah) oleh penduduk setempat. Menurut lagenda seorang lelaki bernama Syed Abdullah membawa relik peninggalan nabi ini ke India dari Madinah pada tahun 1635. Beliau mengaku cucu cicit Rasulullah dan menetap di Hyderabad. Selepas Maharaja Mughal Aurangzeb menakluk Hyderabad, harta keluarga Syed Abdullah dirampas. Syed Hamid, anak kepada Syed Abdullah berjaya menyorokkan harta paling beharga beliau iaitu rambut Rasulullah. Tetapi akibat kesempitan wang beliau terpaksa menjual rambut baginda kepada seorang peniaga kaya di Kashmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai.

Apabila Maharaja Aurangzeb mengetahui akan apa yang dilakukan oleh Syed Hamid, beliau memaksa Khwaja Nur-ud-Din Eshai untuk menyerahkan rambut Rasulullah kepada baginda, Khwaja Nur-ud-Din Eshai enggan menurut perintah dan dipenjarakan. Setelah beberapa lama Maharaja Aurangzeb menyedari kesalahan beliau dan mahu memulangkan semula rambut nabi kepada Khwaja . Malangnya beliau sudah meninggal dunia di dalam penjara. Maharaja Aurangzeb kemudian menyerahkan janggut yang dirampas baginda kepada anak Khwaja.

Pada tahun 1700, anak Khwaja, Inayat Begum membina Keramata Hazratbal bagi menyimpan rambut Rasulullah dan menanam jasad ayahanda beliau. Sejak dari hari itu cucu cicit Khwaja diberikan tanggung jawab menjaga keselamatan rambut Rasulullah

Namun pada tahun Disember 1963 rambut Rasulullah hilang secara mengejut. Kehilangan Mo-e-Muqaddas mengakibatkan berlakunya protes besar-besar di Kashmir. Penduduk setempat mahukan rambut Rasulullah dipulangkan segera ke Keramat Hazratbal. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mencari semula Mo-e-Muqaddas. Setelah beberapa minggu hilang, Mo-e-Muqaddas ditemui semula pada 4 Januari 1964. Tidak diketahui apa yang berlaku dan kemana hilangnya Mo-e-Muqaddas selama 9 hari. 

Kini acara tahunan melihat Mo-e-Muqaddas dihadiri puluhan ribu umat Islam Kashmir yang percaya doa mereka lebih mustajab apabila dibacarakan in the presence of the holy hairs. I don't know the legitimacy of this claims in the eye of the religion but whatever floats your boat man!




Laporan asal Photoblog

42 comments:

  1. confuse jap... kita ni dibenarkan memuja ker? correct me if i'm wrong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bida'ah dan buleh membawa ke syirik nih...mane sumber yg cakap doa dkt dgn rambut Rasullullah saw bleh jd mustajab? keling is keling no matter what their believes. aku yakin dgn jawapan aku...tanpa was-was..kehkehkeh.

      Delete
  2. da jd mcm bid'ah la pulak...

    ReplyDelete
  3. mmg bidaah...bahaya kefahaman mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Dah macam katholik pulak bila reveal the blood of christ, astaghfirullah, baik musnahkan rambut tu sebab Rasulullah tak pernah suruh umatnya memuja jasadnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju yg amat..yg disuruh mengamal sunnahnya...dan melaksanakan apa yg diperintah-NYA..WA

      Delete
  5. bertaubatlah korang semua atas penghinaan peninggalan Nabi Muhammad

    ReplyDelete
  6. Para sahabat ada yang minum darah bekam Nabi ﷺ dan kita ketahui yang bersatu dengan juzuk Nabi ﷺ dijanjikan tidak akan disentuh api neraka.

    Sebab tak ada rasa kasih pada baginda maka keluarlah komen komen yang cela dan pandang rendah keatas juzuk juzuk mulia Penghulu segala Rasul.

    Mereka yang tiada cinta pada Nabi ﷺ akan tiada reaksi terhadap sebarang dari perkara yang bersandar kepada Baginda ﷺ .

    Nak kenal sila baca komen komen yang biadap kat atas tu.

    Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Alihi Wasohbihi Wasallim.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU.... budak-budak yg komen cakap mengarut la apa la tu, sebab terlebih pandai..

      Delete
    2. Rasulullah hanya berkata; "jika dibenarkan manusia menyembah manusia, nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya" (kerana jasa suami)

      nabi juga sebut" jgn kamu jadi spt nasrani memuja nabi mereka seakan2 tuhan, aku hanyalah seorang manusia"

      nak quote, google sendiri, ni bkan zaman batu bang!!

      Delete
    3. setuju dgn napee...berdoa di hadapan rambut rasulullah saw tiada dalam kategori tempat yg mustajab utk berdoa.

      Delete
    4. setuju dgn napee. komen atas sekali ni taksub.

      Delete
    5. boleh bg link ttg ustaz yg cakap pasal minum darah bekam sume? bkn nk marah, tp kalau ada ustaz yg bertauliah n dihormati yg ckp , brula org percaya dan yakin. kami pn masih jahil ttg ilmu agama, jd perlukn petunjuk yg betul, bkn setakat taip kata itu ini, kalau org ikut walhal bnda tu salah kn dosa dpt kt kita??

      **bekam bukan darah kotor ke? xkn Rasulullah bg sahabatnya minum darah ? agak pelik disitu.. mohon pencerahan bg sy yg kurang ilmu ni

      Delete
    6. Teri

      http://www.youtube.com/watch?v=0nLFKaSXycM

      http://ibnnajib.blogspot.com/2011/01/minum-darah-nabi-selepas-bekam.html

      Delete
    7. actually bukan Rasulullah bagi orang tu minum darah bekam. Pada asalnya baginda meminta tolong seseorang itu membuang darah tersebut. Namun dalam diam2 tanpa pengetahuan baginda, orang itu meminum darah terbabit.

      Delete
    8. Kita ni jgn terus melable @ membuat kesimpulan ttg sesuatu perkara yg kita sendiri x pasti.. Tambahan plk kita ni kurang ilmu.. Apatah lagi hafal al-Quran n Hadith S.A.W.. Silap2 nt jd fitnah pada diri sendiri..

      Bila kita nak bawakan dalil hadith kena tgok sbb hadith tu dilafazkan. Cth : ttg memuja nabi S.A.W .. Nabi larang kerana ada sbb.. Utk ketika itu.. Tetapi utk setelah kewafatan Baginda Rasul, menjadi kewajipan memuja muji dan berselawat kpd Rasul S.A.W..
      Malah klu sehari x berselawat kepada Nabi S.A.W , kita bukan org islam yg sebenar..

      Bila cinta kpd sesuatu, x dpt tgok jasad , tgok perkara berkaitan dgn jasad pun jadi.. Begitulah dgn bertabaruk dgn rambut nabi..
      Wallahu'alam..

      Delete
  7. rasullullah xsuruh sanjung sampai begitu sekali. akhir zaman.

    ReplyDelete
  8. back to pokok pangkal, kita puja agama yang disampaikan nya ke puja rambutnya ?? bertuhankan Allah ke rambut ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah ko ni umur berapa bro? cakap mcm org xde agama. kan rambut tu hanya dihormati dan dimuliakan sebab ianya dari jasad rasullulah, jasad yg dimuliakan dari seluruh nabi yg ada. bukan suruh sembah rambut tu.

      ape ke ban.gang. budak tadika pun tahu la.

      Delete
    2. puja jasad nabi x jamin syurga, tapi puja ajaran (amal) ajaran nabi konfem masuk syurga.. walaupun xpernah jumpa nabi sekalipun

      Delete
    3. dapat masuk syurga pun dengan rahmat Allah dan Syafaat nabi, bukan dengan amalan.

      Delete
    4. kalau gitu x payah solat la bro.. x payah puasa, x payah bayar zakat, x payah buat apa2 amalan. harapkan rahmat Allah dan syafaat nabi je nak masuk syurga nanti ye.. kihkihkih

      Delete
  9. Ini amalan syirik. Berdoa pada rambut dgn harapan rambut itu dpt membantu menunaikan doa. Allah suruh berharap dan berdoa pada Dia, bukan rambut. Sila cek quran ye... Nabi2 kita semua mulia, kenapa beralasan nak memuliakan Muhammad je? Nabi lain xnk muliakan ke? Whatever reason, amalan berdoa depan rambut utk bantuan serupalah dgn memuja keramat. Cek juga quran, apakah Muhammad berkuasa membantu umatnya? Takde sapa pun yg boleh tolong kecuali Allah.

    Btw, aku x pecaya benda tu rambut Muhammad. Tah rambut mana dia kutip lepas tu mengaku rambut nabi. Yg lain bodo2 je pecaya dan puja rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi2 kita semua mulia, kenapa beralasan nak memuliakan Muhammad je? aku nak tanya, kau umat nabi mana ea? nabi musa? nabi isa? ke nabi daniel? nabi muhammad ni taraf mana la kau rase dikalangan para nabi dan rasul sampai masa israk mikraj pun nabi muhammad yang jadi imam? apa yang nabi muhammad bawak, sama je apa yang nabi2 terdahulu bawak, bezanya syariat. aqidah sama.

      tapi aku suka statement akhir kau pasal rambut tu.

      Delete
  10. Rasulullah suh berselawat ke atasnya je.. tu pn dh ckup utk mndapat syafaat dr baginda kt akhirat seksok..
    jnji mulut bsah x lekang bserselawat..
    tgok keadaan tu dh mcm bidaah plk.. ntah lerr..

    ReplyDelete
  11. mtk maaf smua. sbnarnya sya x nak masok campur dlm prbincangn ni.. tp ni melibatkan rasulullah. Jd, saya kena bgtau jugak, sbab ramai yg bercakap ttg rasulullah tp x knal siapa sbnarnya rasulullah... tp sblum tu nak bgtau jgn begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggahan pendapat dengan mereka, hinggakan hanya sedikit sahaja kaum Muslimin yang berbaki di muka bumi ini.

    Walau bagaimanapun, kita memandang sikap keterlaluan mereka dengan baik sangka. Kemungkinan, niat mereka baik - demi menjaga kemurnian ajaran Islam daripada perbuatan syirik melalui konsep amar makruf dan nahi mungkar.

    tp, jgnlupa, amar makruf dan nahi mungkar perlu kepada sikap berhikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik.

    ReplyDelete
  12. para sahabat nabi sangat cintakan nabi sampai sanggup amik peluh,peluk badan nabi sbb cintanya pada rasul...jadi apabila dipertontonkan rambut manusia paling agung di dunia kenapa kite tak teruja??setakat manakah cinta kita kepada baginda nabi?senang2 nk ckp org bidaah...ke korang ni wahabi?sbb kita tak kenal mcmmane kita nk cinta baginda nabi....belajar la bang...
    dah ada lesen masuk syurga ke korang semua?kalu kita takdek rase cinta kat nabi mungkin kite takdek pun rase taksub dekat baginda...mungkin kita pikir ala rambut je kot....

    kita semua mengharap syafaat dari baginda nabi jadi jgn sombong dan bongkak kalu amalan kita setakat suam2 kuku je....

    Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Alihi Wasohbihi Wasallim.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta kat nabi selawat dan hidup ikut sunnah.hapuskan rasuah dalam negara,buang perangai kerja 4 jam sehari tapi makan gaji 8 jam sehari sebab sibuk duk keluar minum ponteng keja,ajak umat buat kebaikkan bukan mengumpat macam sundal haram tiap-tiap hari,ajak tutup aurat bukan pakai tudung tapi bentuk tetek nampak.

      Delete
  13. sbnarnya, dlm hal brtabaruk(mengambil berkat) mmg ada dlm ISLAM. untuk mecapai tujuan yg dikehendakiNYA, wlupun tu cuma sbgai asbab(penyebab).

    kita bleh mngambil berkat dgn bnda, tmpat @ orang dgn syarat, sesuatu yg digunakan tu mulia pada pndangan ALLAH. adakah RASULULLAH x mulia pd pndangan ALLAH?pnjang lg klu nak cerita psal tabaruk ni.. tp nak crita hal rambut je la.

    1. klu bab rambut nabi, dalam satu pristiwa manasik haji, tyme cukur rambut, slpas mana rasulullah dcukur rambut, rasulullah sndiri yg suruh sahabat(Abu Tholhah r.a) mbil rambut nabi, & bhagi2kan kpd org ramai. (ulama' bgtau knapa nabi buat mcam tu, sbab nak umatya sndiri dpt keberkatan yg ALLAH tlah anugerahkn pd diri bginda)

    2. Saidina Khalid bin Al-Walid sndiri brtabarruk dgn rambut nabi, tyme perang. beliau akn letak rambut nabi atas kepala, dlm topi perang. satu ketika, tyme topi tu jatuh ke tgh musuh tyme perang. beliau sanggup mendedahkn diri dlm bahaya tyme tgh2 musuh. smata2 xnak rambut nabi tu dpijak org.

    3. Imam Ahmad bin Hanbal, brtabaruk juga brtabaruk dgn rambut nabi. beliau menempelkn rambut nabi pd mata beliau, kmudia celup dlm air lalu dminum air trsebut sbb untuk memohon kesembuhan...

    klu nak bg contoh, byk lg.. tp ckup la no sbg bukti.. klu rasulullah, shabat, ulama' sndiri yg suruh bertabaruk.. xkan kita ni org yg byk dosa, slalu tgk bnda maksiat(klu bukak blogserius, pg prtama dh ada gmbar2 trdedah sana-sini), ckap pun carut2.. xbleh nak mbil berkat. supaya dgn berkat2 yg ada pd nabi. kita brdoa supaya ALLAH ampunkan dosa kitaa yg melambak nih..

    klu nak lebih pure lg jawapannya,bleh rujuk buku "PERSOALAN KHILAFIYAH DAN PENJELASAN ULAMA'", susunan USTAZ MUHADIR BIN HJ JOLL. dlm tu ada dalil al-quran, hadith, atsar sahabat, penjelasan sndiri ulama' ahl sunnah wal jamaah. saya ulang.... AHL SUNNAH WAL JAMAAH.. skarang kan dah byk fahaman. dgn orientalis nya, liberal nya.. mcam2 lg yg ntah dtg dr mana smpai ulama' ahl sunnah wal jamaah dah trlindung dr mata kita.. kena brhati kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kat atas tu betul2 sure ke rambut tu rambut nabi??

      Delete
  14. peringatan balik utk semua.. dlm hal2 bgini kita kena blajar dgn jumpa guru, ustaz, ulama'..

    jgn harap syeikh google je.. bukan bleh prcya sgt. dah la kita sndiri malas. dalam ilmu agama pun malas.. pastu kita memandai2 plak lbih dari ulama'...(peringatan utk diri sendiri)

    apa2pun.. terima kaseh admin blogserius. xkan nak post bnda2 lagha plak tyme bulan puasa ni kan? keep up dat good work

    ReplyDelete
  15. This is weird, because my name is Aizad, and my father's name is Zahar

    ReplyDelete
  16. terdapat satu garis halus di antara Bida'ah dan Tabarruk.

    perlu berhati-hati hendak mengomen. Belajarlah lagi.

    Assalamualaikum w.b.t

    ReplyDelete
  17. wu yoooo..banyak ustaz copy paste ..sekarang..terutama napee..pg la belajar..betul2 bukan copy and paste...baik sangka la sesama islam kau orang x dengar pun apa doa yang dibaca..bagi aku kalau rambut tu ada kat depan aku ..sebagai seorang islam mesti tersentuh dan sekurang2nya menangis ..pastu ada mangkuk ambik gambar pastu masukkan kat webb. datnglah yang komen..ishh taksubnya..bidaah ni.. sesat ni...jadi jangan suka hukum orang lain..dan jangan membidaah kan atau label orang lain sesat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade ke hadis dan sunnah Rasulallah SAW yang disabda dan dilakukan pada setiap anggota badan seseorang muslim/muslimat yang terpisah dari badan wajib/harus/sunat ditanam??? Jika ada salah satunya hukum itu maka ada baiknya ditanam je rambut Rasulallah SAW tu.

      Delete
  18. "✔ Para ulama sepakat: Boleh bertabaruk dengan kesan peninggalan Nabi s.a.w. seperti rambut, peluh dan sebagainya
    ✔ Kesan-kesan Nabi s.a.w. yang didakwa oleh pelbagai pihak sekarang hanyalah temberang dan penipuan. Kerana ia samasekali tidak dapat dibuktikan kebenarannya, malah mustahil untuk dibuktikan.
    ✔ Persoalannya di sini ialah bukan masalah boleh atau tidak bertabaruk dengan kesan peninggalan Nabi s.a.w., tetapi yang jadi masalahnya ialah apakah benar kesan-kesan peninggalan itu BENAR-BENAR milik Nabi s.a.w."

    (Benarkah Dakwaan Rambut Nabi s.a.w.? Apa Hukum Minum Air Rendamannya?: http://al-ahkam.net/home/benarkah-dakwaan-rambut-nabi-saw-apa-hukum-minum-air-rendamannya)

    ReplyDelete
  19. Kalau anak isteri kita pun sayang dan ada kenangan mereka itu pada kita apatah lagi rasululah..disini bukan saol memuja tapi sebagai kecintaan kita pada rasululah apatah lagi barang peningalan berliau.

    ReplyDelete
  20. Saya tak na caye langsung lah perkara bodoh semacam ne. .Sepatutnya 1st thing, dibenarkan buat kajian ke atas rambut tu utk mempastikan umur benda tu. .kalau dah pasti blehlah mula puja ke atau apa ke. Itupun utk yg mau buat bodoh camtu. . klu I apapun hasil kajian itu i anggap bleh saja rambut sape2 tak semestinya kpunyaan Rasulullah. I malas dah nak layan kat org yg saje nak jadi fanatik bute ni.

    ReplyDelete
  21. palsu semua itu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails