Saturday 6 July 2013

Serius Klasik - SADM : Periuk Api Nuklear Amerika Syarikat (13 Gambar)


Kaboom!

Ketika Perang Dingin, kedua-dua kuasa barat dan Soviet bertungkus lumus membangunkan senjata berasaskan nuklear. Kami pernah paparkan M-65 Atomic Annie iaitu meriam artileri nuklear milik Amerika Syarikat dan juga NB-36 pesawat bertenaga nuklear juga milik USA. Hari ini mari lihat periuk api SADM yang dibangunkan oleh tentera Laut dan Marin USA pada awal 1960an.

SADM (Special Atomic Demolition Munition) ialah sebuah periuk api seberat 68 kilogram yang boleh digunakan untuk memusnahkan kapal dan infrastruktur pelabuhan milik musuh. SADM mempunyai kuasa letupan sebesar 1 Kiloton dan mempunyai saiz 60 cm tinggi dan 40 cm lebar. Kerana saiznya yang kompak, hanya dua orang komando diperlukan bagi meletakkan SADM di pelabuhan musuh. Mereka akan dihantar ke kawasan musuh dengan melakukan terjunan dari kapal terbang sebelum berenang ke sasaran mereka. SADM boleh diletukkan secara kawalan alat jauh ataupun menggunakan pemasa. Apabila diletupkan pihak tentera USA berharap kesan radiasi yang terhasil akan menutup laluan keluar dari pelabuhan musuh. Crazy stuff. Periuk api ini tidak pernah digunakan di dunia sebenar dan kami difahamkan tidak lagi disimpan di dalam inventori senjata nuklear USA. 




Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh Flickr RocBolt

5 comments:

  1. boleh la pinjam..nak buat kenduri ni..xda periuk besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periuk + Bunga Api :)

      Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. kepala bana ko mmg kelakar

    ReplyDelete
  3. semua ni penyebab kekacauan dunia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails