Wednesday 6 November 2013

Serius Cool - Angel Flights : Laluan Keretapi Terpendek Dunia (15 Gambar)


Furnicular

Keretapi kabel Bukit Bendera sangat sinonim dengan Pulau Pinang. Adalah tidak lenglap lawatan anda ke pulau mutiara sekiranya anda tidak menaiki kerana kabel Bukit Bendera. Tahukah anda keretapi kabel seperti di Bukit Bendera sudah wujud sejak 1515 di Salzburg Austria. Sejak dari itu terdapat banyak sistem keretapi kabel ini digunakan seluruh dunia. Hari ini mari kita lihat keretapi kabel Angel Flights di Los Angeles yang diiktiraf sebagai laluan keretapi terpendek di dunia. Ia menyambungkan Hill Street dan California Plaza. Laluan ini mempunyai dua buah tram dan hanya sepanjang 91 meter. Ini adalah sangat pendek jika dibandingkan dengan laluan Bukit Bendera sepanjang 2007 meter. Angel Flights dibina pada tahun 1901 dan berfungsi denga hanya satu kemalangan maut sehingga 1969. Perkhidmatan dihentikan kerana kawasan persekitaran stesen dibangunkan semula. Pada tahun 1996 Angel Flight dipasang semula di kawasan berdekatan dan pada tahun 2001 ianya dihentikan sekali lagi apabila berlaku kemalangan maut mengakibatkan 1 kematian. Kemalangan berlaku apabila tram keretapi menggelunsur kebelakang akibat masalah brek. Sementara menunggu laporan keselamatan diumumkan Angel Flight ditutup sehingga 2010. Angel Flight kini kembali beroperasi dan diisyitiharkan sebagai warisan negeri California. Jika anda mahu menaiki laluan keretapi terpendek dunia silalah ke California. Harga tiket hanya 50 sen sehala. 




Laporan asal Wikipedia

6 comments:

  1. Aku rasa hidup aku tak lenglap kalau tak tulis apa-apa komen disini.

    ReplyDelete
  2. Mothership Toys & Collectibles offer many range of action figures, model kit,statue, die cast from Hot Toys,Hot Wheels,Enterbay,Sideshow,Kotobukiya,Revoltech,Bandai,Square Enix,Fujimi,Aoshima,Takara Tomy,Hasbro,Neca and many more

    We are Official Authorised Retailer for Hot Toys,Kotobukiya,Hot Wheels,Sideshow,Revoltech,Bandai,Neca and many more

    Message us : http://www.facebook.com/messages/mothershiptoys
    Website : http://www.mothershiptoys.com/
    Email : mothershiptoys@yahoo.com
    We now shipping throughout Malaysia and International(min. fee RM8.00)

    ReplyDelete
  3. 50 sen ? berbaloi la dari kena turun naik tangga kat sbelah tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails