Tuesday 6 August 2013

Serius - Budak Bengal Berkepala Dua : Kembar Parasitik (7 Gambar)


Edukeseyenel

Two Headed Boy Of Bengal ialah kes pertama kewujudan manusia berkepala dua dalam sejarah perubatan dunia. Kanak-kanak ini dilahirkan di Muncul Ghait, Bengal pada tahun 1783. Semasa dilahirkan bayi ini hampir mati dibunuh kerana mak bidan yang menyambutnya terkejut lalu mencampakkan beliau kedalam api. Nasib beliau adalah baik kerana beliau terselamat dan hanya mengalami kelecuran pada kepala dan badan. Kerana keganjilan diri beliau, ibu bapa budak berkepala dua ini menggunakan beliau sebagai sumber pendapatan. Mereka sekeluarga berpindah ke Calcutta (Kolkata) dan mengenakan bayaran kepada mereka yang ingin melihat sendiri bayi aneh ini. Kerana keadaan beliau yang luar biasa, golongan bangsawan mengadapan parti untuk melihat sendiri rupa beliau. Lama-kelamaan kewujudan beliau sampai ke telinga The Royal Society di Britain. Dari laporan yang dihantar kita tahu kepala kedua tidak mempunyai badan dan tubuh hanya wujud sehingga leher. Laporan juga menyebut kedua-dua buah kepala mempunyai personaliti tersendiri. Jika satu kepala tidur kepala nombor dua tidak tidur sekali. Apabila salah satu kepala diberi makanan, sebuah lagi kepala akan mula terliur. 

Despite mempunyai kembar yang parasitik, bayi berkepala dua ini hidup dengan sihat dan senormal mungkin. Beliau meninggal dunia pada usia 4 tahun bukan kerana komplikasi kesihatan tetapi kerana dipatuk seekor ular tedung. Jasad beliau dikebumikan di tebing Sungai Boopnorain, Tumluch,

This is where things get messed up. Kubur budak berkepala dua ini dijarah dan tubuh beliau dicuri oleh seorang agen East Indian Company bernama Mr Dent. Mr Dent melakukan bedah siasat pada mayat budak berkepala dua dan beliau mendapati kedua-dua kepala mempunyai otak tersendiri. Tiada kecacatan pada otak kepala parasitik dikesan. Selepas usai bedah siasat, tengkorak budak berkepala dua diseludup ke England dan kini boleh dilihat di Muzium Hunterian, Royal College of Surgeon London.

Sejak kes ini dilaporkan, terdapat 80 lagi kes serupa dikesan. Kes terkini berlaku di Mesir. Manar Maged dilahirkan dengan kembar parasitik yang tidak mempunyai kepala dan tangan pada tahun 2004. Sungguhpun kedua-dua bayi ini dapat dipisahkan, Manar meninggal dunia pada tahun 2006, 5 hari sebelum sebelum ulang tahun kelahiran ke dua. Sebab kematian ialah akibat jangkitan pada bahagian yang dibedah. 

Sebelum itu pada tahun 2003  Rebeca Martinez dilahirkan di Republik Dominica. Ketika menjalani pembedahan memisahkan kepala parasitik selama 11 jam, Rebeca meninggal dunia pada tahun 2005. 

This goes without saying that two heads are sometimes not better than one.



Laporan asal The Human Marvels

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails