Friday 30 August 2013

Serius Cute - Suami Mithali Beli 55 00 Baju Untuk Isteri Dalam Masa 56 Tahun! (11 Gambar)


Untunglah

Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar! Menurut Paul yang kini tinggal di California,  beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari. Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras. Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan "hobi" bapa beliau beberapa tahun yang lalu. Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot. 

I find this story crazy sweet. Kami hanya mampu membelikan makanan untuk isteri setiap hari. What a sweet guy Paul Brockman is! Untung isteri!




Laporan asal Glamour

12 comments:

  1. aku rase la...bukan die beli sbb utk nk nmpk bini die cantik..die ni ade obses kt baju pompuan... alasan bini..haha

    ReplyDelete
  2. baju-baju x nak cantik plak kan..pergh~ bertuah isteri tu ha...but in same time, i found out it's a lil bit creepy..semacam obses pn ade.

    ReplyDelete
  3. mak ai..boleh buka muzium baju bini saya


    Entri Baru Update : Terima Kasih Untuk 100K

    ReplyDelete
  4. I find this story crazy sweet. Kami hanya mampu membelikan makanan untuk isteri setiap hari. What a sweet guy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails