Friday 30 August 2013

Serius Merdeka - Operasi Perang Saraf Anti Komunis Ketika Darurat (14 Gambar)


Sejarah

Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Sungguhpun begitu Parti Komunis Malaya enggan mengiktiraf kemerdekaan ini dan masih menganggap Malaya masih di bawah telunjuk Britain. Pada pendapat mereka Malaysia kini menjadi negara vasal dengan Tunku Abdul Rahman menjadi boneka Inggeris. Selepas Merdeka operasi perang saraf keatas komunis di seluruh Tanah Melayu diteruskan. Operasi perang saraf ini sudah berlangsung sejak Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ratusan juta  helai pamplet propaganda anti komunis ditaburkan di kawasan-kawasan yang dipercayai menjadi kubu kuat komunis. Pada tahun 1949 sahaja 3.75 naskah akhbar dan 50 juta pamplet propaganda digugurkan! Pada tahun 1956 pula 100 juta pamplet propaganda digugurkan! Woah!

Operasi pengguguran pamplet propaganda dilakukan menggunaan pesawat C-47 Dakota, Taylorcraft Auster dan Vickers Valetta milik Royal Air Force. Pamplet yang digugurkan memohon askar komunis supaya menyerah diri. Sebelum Merdeka Tunku Abdul Rahman membuka tempoh pengampunan kepada askar komunis yang menyerah secara sukarela. Selepas tawaran ini ditutup pada tahun 1958, pamplet memaparkan mayat anggota komunis yang terkorban pula digugurkan. Selain itu terdapat juga pamplet yang menunjukkan hipokrasi anggota tertinggi PKM. Wajah anggota tertinggi dengan wanita simpanan mereka adalah antara taktik perangs saraf yang digunakan. Terdapat juga pamplet berbentuk ganjaran kepada anggota komunis yang berjaya membunuh ketua mereka serta ganjaran berupa wang kepada mereka yang menyerahkan senjata. 

Selain penggunaan pamplet sistem audio juga digunakan. Pesawat C-47 Dakota dilengkapkan dengan sistem pembesar suara berkuasa tinggi Magnavox. Sistem pembesar suara ini boleh didengari sejauh 3 batu jauhnya. 

Majoriti pamplet yang digugurkan adalah dalam bahasa Cina namum terdapat juga pamplet dalam bahasa inggeris, melayu dan tamil. Orang besar yang bertanggungjawab mejalankan operasi PsyOps pada waktu ini ialah Tan Sri Dr C C Too. Tan Sri Too Chee Chew dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1920. Beliau bertugas di Unit Perang Saraf dari tahun 1951 sehingga persaraan beliau pada tahun 1983. Beliau ialah otak yang memikirkan taktik terbaik untuk memujuk ahli komunis untuk meletakkan senjata. Sebelum kehadiran beliau taktik yang digunakan oleh British adalah kurang efektif. Masalah pada waktu itu ialah pegawai British tidak mempercayai kakitangan berbangsa cina yang mereka rasakan pro komunis. Tan Sri Too pada awalnya meletak jawatan kerana keengganan pegawai atasan British untuk berkongsi maklumat yang boleh digunakan sebagai bahan propaganda. Beliau mengkritik taktik yang digunakan British yang dirasakan kurang memahami budaya cina.

Selepas beliau menjadi ketua unit perang saraf Tan Sri Too menukar taktik yang sedia ada. Pamplet propaganda yang dihasilkan kini bukan berunsur fakta tetapi lebih kepad menunjukkan kegagalan komunis. Tan Sri Too berkata orang cina tidak suka "dibacakan khutbah" tentang kebaikkan pihak pemerintah tetapi lebih mudah mempercayai keburukan anggota PKM. Beliau juga menyedari wang ialah cara terbaik untuk memujuk ahli komunis yang kelaparan di tengah hutan. Selain daripada itu beliau mereka pamplet yang bewarna seperti tanah dan pasir. Ini bagi memudahkan ahli PKM yang ragu-ragu dengan perjuangan untuk menyorokkannya dari ketua mereka. Sebelum ini pamplet bewarna merah digunakan. Pamplet propaganda yang digugurkan ini berjaya dimusnahkan ketua berpangkat tinggi sebelum dapat dibaca oleh askar PKM yang berpangkat rendah. 

Kehebatan Tan Sri Too diiktiraf sehingga beliau dilantik menjadi penasihat bahagian Psychological Warfare and Counter-Insurgency tentera Amerika. Kepakaran beliau digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam

Tan Sri Too dikurniakan pangkat Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1986. Beliau meningal dunia pada tahun 1992.




Laporan asal Psyops

15 comments:

  1. so ada org cina sendiri menyumbangkan gak yg basmi saki baki komunis gak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. so ada? Meh nak tambah apa lagi yg ada.
      Ada jugak ... org cina yg kena bunuh dgn komunis...macam org Melayu kena bunuh.

      Delete
  2. ini semua fake... zaman tu mana wujud kamera lagi. tapi yang pasti kereta proton saga dah wujud

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang nak tengok gaya cerita, mutu dan pengajaran dia. duk sibuk pasal proton saga tak hbs2.

      citer hollywood yang byk cgi and special effects tu xde lak orang ckp fake. angguk je la kepala tu kena tonjol

      Delete
    2. masalahnya relevan ke kau nak buat cerita pasal masa lepas tapi prop ada unsur zaman moden ? ibarat kau nak sambut merdeka tapi hias rumah mcm kenduri arwah

      Delete
    3. kesian ko ni. desperate nak traffic masuk blog ko kan? semua blog pun ko comment kan? kesian.

      Delete
    4. @Apoltolos:

      Encik punya ibarat tu pada saya lagilah tidak releven. Kerana kesilapan scene proton saga tu je terus anggap cerita tu tak relevan langsung pun xbetul jgk pada saya. Anggap je la scene proton saga tu kesilapan dari pihak pembikin filem, lagipun cerita berkenaan bukan berkaitan dengan kereta pun. Rasa scene tu tak jejas kan jalan cerita pun cuma biasala ada kesilapan mana2.

      jalan cerita, susunan plot dan sebagainya taknak pula dibincangkan. Kesilapan proton saga tu jgk yg di besar2 kan.

      Delete
    5. Cerita transformers, robot alien autobot/megatron boleh cakap english takde pulak org komen..

      Delete
  3. Al-Fatihah kepada Yang Dipertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar..

    ReplyDelete
  4. Ops Psy? no gangnam style allowed

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. isu kebangkitan syria.sama-sama kita renungkan

    http://gossipmasta.blogspot.com/2013/09/syria-behind-stories-of-war.html

    ReplyDelete
  7. menarik. banyak yang kita tak diberitahu pasal sejarah sendiri. Kita diberitahu apa yang patut tahu sahaja. Itu sebab ramai yang buta sejarah. Obe patut cari sumber lain pasal lain-lain cerita mengenai kemerdekaan negara. After all, gambar yang tunjuk kat atas tu Mat Saleh yang lempar risalah keluar dari kapal terbang. Mat Saleh yang Tak suka kita punyai semangat merdeka.

    P/S : Tengok video sambut merdeka, Bila TAR melaungkan "MERDEKA" disusuli dengan sahutan daripada rakyat. Kita tengok dengan jelas, Jeneral British duduk bangga di sebelah. Ikut logik, kalau merdeka, kita dah terajang mereka yang datang menjajah kita. Tapi kita beri penghormatan paling tinggi kepada Penjajah sebaris dengan Raja-Raja Melayu. TAK KE PELIK sejarah KEMERDEKAAN negara kita. Sejarah yang mempunyai cacat cela. Tidak diberitahu sehingga hari ini. Jadi jangan salahkan anak muda jika mereka tidak menghargai kemerdekaan. Sebab mereka ditipu oleh tuk nenek mereka sejak dulu lagi.

    Sebagai contoh, sejarah TOK JANGGUT. Tok Janggut melawan penjajah! Itu Fakta! Siapa Penjajah? Ada Polis Bernama Mustafa (kalau tak silap) yang bekerja dengan British. Bagaimanapun, akhirnya British dapat tangkap, lalu bunuh Tok Janggut dan membawa mayatnya keliling kota Baharu untuk mengugut org kelantan supaya taat kepada penjajah. Sejarah seperti ini lah kita bangga. Kita tidak akan biar bumi kita dijajah lagi. Kita Akan bangkit melawan! tgk sejarah kemerdekaan indonesia... penuh bersemangat melawan Belanda. Tapi Sejarah kita, kita terpaksa sujud kepada British untuk merdeka. Apa punya sejarah? Sejarah menipu kita daripada sekolah rendah..... sekolah menengah... sampai kita pulak cerita kepada anak cucu kita. Macam mana mahu kita bangga? Cu jawab?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails