Wednesday 28 August 2013

Serius Konsep - Konsep Vauxhall Monza Dengan Pintu Sayap Kondor (13 Gambar)


Future!

Kereta Lamborghini mempunyai pintu yang dibuka keatas yang kini sangat sinonim dengan pengeluar kereta dari Itali ini. Rekaan Lambo Doors menjadi kegilaan dunia dan siri TV Lacurkan Mobilku di MTV. Vauxhall mahukan kenderaan masa hadapan yang lebih cool dari Lamborghini jadi mereka menghasilkan Vauxhall Monza. Kereta ini mempunya dua pintu yang terbuka keatas yang diberika gelaran Condor Door. Ia memberikan akses yang lebih mudah bagi pemandu dan penumpang untuk keluar masuk kereta. Kenderaan hibrid elektrik dan gas asli ini turut mempunyai sebuah lagi inovasi unik. Paparan maklumat kepada pemandu menggunakan teknologi skrin LED. Menurut Vauxhall 18 panel LED pada bahagian dashboard Monza boleh diubahsuai mengikut kehendak pemilik. Cool. Vauxhall Monza akan dipaparkan kepada umum secara rasmi di Pameran Kenderan Frankfurt bulan hadapan.




Laporan asal Vauxhall

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails