Monday 1 July 2013

Serius KLasik - Dornier Do 29 : Pesawat Experimental Landasan Pendek (12 Gambar)


Weird

Teknologi tilt rotor kini bukan lagi angan-angan kosong jurutera indistri penerbangan dunia. Sejak kebelakangan ni semakin banyak projek pesawat yang mampu terkantung-kantung di udara dan terbang mendatar pada kelajuan pesawat konvensional. Kami sudah paparkan Project Zero dan Bell Valor sebelum ini.  

Di Jerman pada tahu 1958 pesawat tilt rotor Dornier Do 29 dihasilkan. Pada waktu ianya dihasilkan Do 29 direka sebagai pesawat yang memerlukan landasan pendek untuk terbang. Konsep pesawat hibrid helkopter dan kapal terbang masih belum wujud. Dua buah Do 29 dihasilkan dan ia diperkasakan dengan sepasang enjin 270 kuasa kuda. Kipas enjin ini diletakkan pada bahagian belakang enjin dan bukannya pada bahagian hadapan. Kipas pesawat ini boleh diputar sehingga 90 darjah sekiranya perlu tetapi sepanjang tempoh eksperimen ia hanya diputarkan hanya sehingga 60 darjah. Do 29 mampu terbang pada kelajuan maksimum 290 kilometer sejam dan menariknya masih boleh terbang pada kelajuan hanya 29 kilometer sejam apabila kipas diputarkan ke bawah! 

Sungguhpun data dari eksperimen menunjukkan pesawat dengan sistem tujahan Do 29 mampu berfungsi dengan baik, Do 29 tidak pernah dihasilkan untuk kegunaan dunia sebenar. Kedua-dua prototaip Do 29 masih disimpan dengan baik dan boleh dilihat di Muzium Dornier yang terletak di Freidrichschafen Jerman.



Laporan asal Wikipedia

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails