Monday 15 July 2013

Serius Cool - Muzium Kubu Wurzen Pass Di Austria (16 Gambar)


Awesome!

Mari melawat muzium kubu yang terletak di Wurzen Pass Austria. Semasa perang dingin lembah ini dipenuhi dengan penempatan meriam statik (static gun emplacement) berupa rudah kereta kebal. Pihak tentera Austria berharap ratusan rudah kereta kepada di Wurzen Pass dapat menghalang tentera Soviet dari menakluk Austria. Rudal kereta kebal M-46 Patton dan Centurion diletakkan di atas tanah dan menjadi barisan pertama pertahanan Austria. Yang menariknya sistem pertahanan ini adalah rahsia dan hanya diketahui selepas berakhirnya perang dingin. Ini adalah kerana ianya disamarkan dengan meletakkan pondok kayu diatasnya. Sekali pandang ia kelihatan seperti sebuah chalet untuk kegunaan pengunjung ketika musim panas. Muzium ini dibuka kepada awam pada tahun 2005.

Sistem menggunakan rudal kereta kebal sebagai gun emplacement tidak unik di Austria. Teknik ini sudah digunakan sejak perang dunia kedua oleh tentera Nazi. Selain Wurzen Pass, sistem ini juga boleh dilihat di Russia. Ratusan rudal kereta kebal lama ditanam di atas tanah bersempadan dengan China. Yep..... Russia cuak dengan China!  




Laporan asal Wurzenpass Museum

Foto Herman Gould dan Wurzenpass Museum

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails