Thursday 4 July 2013

Serius Cool - Miniatur Mil Mi 24 Hind Dengan 100 000 Komponen (13 Gambar)


Super Cool

Mil Mi 24 Hind ialah salah sebuah helikopter tempur yang paling digeruni di medan perang. Helikopter buatan Russia ini direka untuk memusnahkan kereta kebal musuh dan pada waktu yang sama mampu membawa seplatun askar di ruangan kargonya. Harus kami akui Hind ialah antara helikopter yang paling kami gemari.

Precise Modelling ialah syarikat yang menghasilkan miniatur yang sangat terperinci. Mereka menghasilkan miniatur pesawat dan helikopter untuk kegunaan muzium. Miniatur Mil Mi 24 Hind yang anda lihat di bawah adalah model mereka yang paling epik pernah dihasilkan. Ianya memakan masa 15 tahun untuk disiapkan dan mempunyai lebih dari 100 000 komponen yang dibina sendiri oleh mereka. Precise Modelling mula membina miniatur ini pada tahun 1986 dan ianya siap dibina pada tahun 2001

Sebab kenapa ia mengambil masa yang lama untuk dihasilkan ialah kerana mereka tidak memiliki blue-print helikopter yang pada waktu pembinaan adalah rahsia Kesatuan Soviet. Mereka akhirnya mendapat sebuah salinan blue-print dari Mil Mi sendiri dan lebih dari 1000 gambar diperlukan bagi menghasilkan miniatur yang sempurna. Kesemua kipas dan alat kawalan miniatur ini berfungsi. Tayar helikopter juga boleh dilipat. Ini sememangnya miniatur paling power pernah kami lihat




Laporan asal Precise Modelling

5 comments:

  1. Saya juga fan of this ultimate machine. Masa bebudak dulu, usaha la buat dengan LEGO. Walaupon tak cukop brick nya... at least ada la rupa seakan-akan helicopter ni. Paling epic dalam filem Rambo 3 la, Helicopter ni VS Tank Rambo. Best gile.

    ReplyDelete
  2. dalam citer... bruce willis
    A Good Day To Die Hard.... best giler

    ReplyDelete
  3. Satu platoon? Hind cuma boleh bawak 7-8 orang. Bukan baru satu skuad/section ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails