Tuesday, 5 February 2013

Serius Indo - Al Azhar : Tanah Perkuburan Islam Mewah Pertama (11 Gambar)


Al-Swag

Di Indonesia golongan kaya semakin banyak dan oleh sebab itu keperluan tanah perkuburan ekslusif semakin meningkat. Sebelum ini tanah perkuburan mewah hanya terhad kepada mereka yang beragama Kristian dan Buddha . Al Azhar Memorial Garden yang terletak di Jakarta adalah tanah perkuburan mewah Islam yang sharia compliant pertama di Indonesia. Tanah perkuburan ini seluas 25 hektar dan mempunyai 5000 lot kubur. Lot kubur dijual secara individu, pasangan, berempat atau makan besar untuk keluarga. Bayaran pemakaman bermula dari 25 Juta Rupiah (RM 7970) untuk lot persendirian dan meningkat sehingga 8 Billion Rupiah (RM 2.5 Juta) untuk makan keluarga. Jika pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan milik kerajaan anda perlu membayar RP 6 (RM 1900) Juta tetapi terdapat sewa bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan. Tiada bayaran bulanan atau sewa tahunan dikenakan di Al Azhar. Pihak Al Azhar akan menguruskan jenazah pelanggan dan menyediakan segala keperluan untuk ahli keluarga pada hari pengkebumian. Disamping itu khidmat keselamatan 24 jam juga disediakan.

Indonesia mati juga sudah swag. Jangan hina, tak lama lagi di Malaysia pasti akan ada usahawan yang memulakan perkhidmatan yang sama kerana there are two things that are certain....... death and profiting from it!




Laporan asal AlAzharMemorialGarden

29 comments:

  1. bisnesss....bisness kt mana2

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau di kuburkan di sini malaikat tak soal ke? atau confirm kubur jadi lapang? ada lampu dalam kubur? ada aircond? penipuan duniawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesiapa cakap macam tu ke? Kalau fikir sikit lagi, baru nampak logiknya. Kelebihan2 tmpat berbayar ni lebih pd keluarga si mati. Penyelenggaraan, khidmat jenazah, kemudahan nak sampai etc etc. Sudahlah negatif tu..

      Delete
    2. jepun tak logik. nak mati pun masih membezakan kasta...pergi kubur pun setahun sekali lepas dengar lagu raya BDB tu pun kalau pegila. kemudahan pebedenya? urusan mayat no problem kalau bayar khairat. Kalau pikir logik lagi, kita bako kita bako...sudahlah dgn liberalisme tu..

      Delete
    3. dlm islam tak digalakkan buat mcmtu. kubur dan batu nisan adlh skadar sbgai tanda dan maklumat si mati shj. jatuh hukum haram kalau berurusan urusniaga mcmni. wallahualam.

      Delete
    4. Jgn cepat hukum haram klw bkn kreja kita nk tentukan haram halal ni. Haram klw buat tugu binaan atas kubur.. Tp ni xdak.cuma,membazir je..mufti kena bmuzakarah la. Tp harap,xjd kat malaysia la. Mcm dh ngarut sgt

      Delete
    5. Rasanye tak jadi kat malaysia.
      "malingsia rampok ide kami...ganyang...ganyang"

      Delete
  4. Mohon jgn guna perkataan swag di merata tempat. Geli ketiak aku dengar.

    ReplyDelete
  5. knapa perkuburan Islam ada tanda salib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu penangkal petir, bukan salib

      Delete
  6. makan besar ke makan besar???

    jauh beza tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni macam ketam ngajar anak bunuh diri..bangang

      Delete
    2. makan besar ke makan besar???

      hahahaha...

      ptotnyer begini....

      makan besar ker makaM besar???

      hahaha

      Delete
  7. pe kes kubur islam kt kubah 2 tnda salib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coba teliti itu penangkal petir :)

      Delete
  8. Cantik. tang salib kat atas kubah tu aku xpasti nak kata apa. mngkin mata aku salah tgk. erm...dari segi kemudahan yg disediakan, mmg ia memudahkan pengurusan kubur kpd keluarga si mati. tapi betul la obe ckp. ini dah jadi mcm bisnes. aku rase motif utamanya bukan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yg disebutkan, tapi lebih kepada nak bersaing dgn agama lain yang mampu menyediakan kubur mewah. kalau nak ikutkan, kemudahan seperti yg disebutkan tu, kat kubur biasa pun boleh buat, antara nak dgn tak je. btw, haaa...bagus la untuk golongan org kaya kat sana ye. mati pn dapat 1st class punye kubur. yg miskin, mati xberkubur pn xpe. huhu.

    ReplyDelete
  9. Ni sama kes macam tanah kubur Nirvana... Org cina kt sini dah buat dulu... Membazir tanah betol... Nak jaga khidmat penyelenggaraan pun tak perlu buat kubor mewah2 mcm nie..

    ReplyDelete
  10. Dl blajar xblh msk universiti al azhar,dh mati br masuk...kesian. Klw sapa pnh pegi indon utk kreja kemasyarakatan kat kampung2 di indon,mmg byk kubur islam bcampur dgn kubur kristian. Sana kebebasan agama tahap gampang,laki islam bini kristian,mati nk dok sbelah2,kes mcm ni la. Kata diorg,malaikat xkan kliru mana islam dan bkn islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya akhi... Laki islam mmg boleh nikah dgn prempuan ahli kitab... Tu tak ada hal..

      Yg jadi masalahnya bila prempuan islam kawin dgn lelaki ahli kitab. Sekian...

      Delete
  11. bersederhanalah.......ya allah, matikanlah aku dipenghujung alam semesta ini semoga tiada siapa yang terbeban mengangkat jenazah ini, dan semoga dengannya cepatlah dapat mereka melupakan aku yang telah tiada~ amin~

    ReplyDelete
  12. aiya... hidup susa, maatii pun susa. summaa mau wang mannyakk oh

    ReplyDelete
  13. Nabi larang adakan binaan di kubur...Haram.. moga ada ulamak tegur

    ReplyDelete
  14. Taman makam ini lokasi tepatnya di Karawang, Jawa Barat, sekitar 70KM dari jakarta. Kalian belum dengar saja San Diego Hills Memorial Parak, yang sama2 lokasinya di Karawang, lebih mewah dan luasnya sampai 500 hektar.

    ReplyDelete
  15. hmm..pembaziran

    ReplyDelete
  16. mcm nilai pun da ade..tp bkn tuk islam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails