Wednesday 6 February 2013

Serius Cool - Kasut Bertelefon : Kasut Get Smart Menjadi Realiti (10 Gambar)


Agent 99!

Di dalam siri TV Get Smart dan filem Taken 2, watak utamanya mempunyai telefon yang disimpan di dalam kasut. Tahukah anda telefon di dalam kasut bukanlah fiksyen dan sebenarnya digunakan oleh agen perisikan Soviet dan Barat ketika Perang Dingin?

Kasut bertelefon kini sekali lagi muncul dan kali ini sebagai hasil seni Sean Miles (41) seorang artis dari United Kingdom. Sean bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi O2 untuk mengitar semula telefon "tidak pintar" dengan memasukkannya ke dalam kasut. Apakah makna tersirat hasil seni ini? Kami tak tahu. Mungkin ianya simbolik kepada ketahanan telefon tidak pintar jika dibandingkan dengan telefon pintar yang mudah rosak. That or Sean Miles just wanna have a phone in his heels just in case he is abducted in Istanbul and needed to do a Liam Neeson.



Laporan asal The Sun

11 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails