Thursday, 7 February 2013

Serius Cool - Lexani Mercedes Benz Sprinter: Van Mewah Dengan Bilik Tidur (13 Gambar)


Bang Bus Sebenar?

Van bukahlah kenderaan yang sering dikaitkan dengan kemewahan. Orang kaya lebih gemar membawa kereta lumba berprestasi tinggi atau menaiki jet persendirian untuk bergerak dari titik A ke titik B. Tetapi sekiranya anda ada duit lebih dan mahukan van yang sesuai dengan status anda Lexani Mercedes-Benz Sprinter ialah van untuk anda. Van mewah ini adalah perngubahsuaian van Sprinter biasa Mercedes Benz oleh Lexani Motors menjadi sebuah rumah beroda lengkap dengan bilik tidur. Ia juga turut dilengkapi hiasan dalaman bersadurkan emas, tayar 22", sistem audio visual yang mengintegrasikan iPad dan TV sebesar 55 inci! Harga sebuah Lexani Mercedes Benz Sprinter bermula dari USD 300 000 (RM900 000) sebuah. Ia semestinya boleh dijadikan bang bus paling mewah di atas jalan raya!




Laporan asal AutoEvo

6 comments:

  1. diharamkan kat Malaysia sbb cermin gelap melampaui saranan JPJ....

    ReplyDelete
  2. kalau cermin terang susah pl nak menambah zuriat

    ReplyDelete
  3. Anwar ibrahim nk beli kot..demi rakyat..jelajah rakyat sama cam bas mewah pkr

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails