Sunday, 3 February 2013

Serius Cool - BMW Isetta Whatta Drag : Apabila Kereta Hotwheels Menjadi Realiti (20 Gambar)


Beans!

Sesiapa yang membesar pada zaman 80an pasti pernah memiliki beberapa buah kereta mainan Hotwheels. Kereta HotWheels kegemaran kami ialah yang boleh bertukar warna apabila dicelup di dalam air sejuk dan kereta lumba fantasi. BMW Isetta Whatta Drag ialah sebuah kereta fantasi yang dihasilkan oleh Phil Riehlman pada tahun 1998. Ia merupakan sebuah BMW Isetta tahun 1959 yang disambung dengan enjin V8 Chevrolet 730 kuasa kuda dan merupakan sebuah kereta dragster 3 tayar. 

Pada tahun 2005 kereta mainan ini dijadikan realiti oleh Bruce Weiner , pemilik Muzium Automotif Weiner. Sungguhpun ianya kini realiti, BMW Isetta Whatta Drag bukanlah kenderaan yang praktikal untuk dipandu. Kombinasi jumlah kuasa kuda yang tinggi, berat kenderaan yang ringan dan hanya 3 tayar membuatkan ianya sukar dipandu. Oleh itu hari ini kita belajar, tak kesemua kenderaan fantasi yang cool dilihat boleh berfungsi dengan baik di dunia sebenar!


  
 
 
  


Laporan asal Hot Wheel Wiki
Gambar dari WorldCarsFans

8 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails