Sunday 3 February 2013

Serius Cool - Soar Eagle : Pesawat Tanpa Juruterbang China (12 Gambar)


Death From Above

Setiap tentera negara kuasa besar dunia kini mempunyai pesawat tanpa juruterbang (UAV) mereka tersendiri. Kami pernah ternampak UAV Malaysia di dalam majalah Tempur beberapa tahun yang lalu. Kami tak tahu samada projek Aludra TUDM masih hidup atau tidak. Dengar khabar pesawat bernilai RM 1.5 Juta ini gagal berfungsi seperti yang dikehandaki. Agak menyedihkan

Sedang Malaysia masih struggle dengan UAV rekaan tempatan, di China mereka sudahpun mempunyai beberapa UAV buatan tempatan. Terkini ialah Guizhou Soar Eagle sebuah UAV berkuasa jet dengan sayap berkonfigurasi berlian. Pesawat ini mula muncul pada tahun 2006 dan kini sedang menjalani proses ujian secara intensif. Soar Eagle mempunyai ketinggian 5.41 meter, panjang 14.33 meter dan lebar sayap 24. 86 meter. Ia mampu terbang sehingga 10 000 meter pada kelajuan 750 kilometer sejam dan jarak operasi sehingga 7 000 kilometer. 

Tidak seperti UAV P46 Avenger ataupun X-47B milik Amerika Syarikat, Soar Eagle tidak mampu membawa senjata. Ia direka untuk menjadi pesawat peninjau bagi mencari sasaran untuk sistem anti perkapalan tentera China. Nampak menarik pesawat ini. Sayapnya futuristik!




Laporan asal Creative Cash dan ChineseMilitrayPower

14 comments:

  1. aku pun ada sebuah kat rumah

    ReplyDelete
  2. malaysia kalu ada habis rakyat marah!!!

    ReplyDelete
  3. Ko baca tempur? Aku rasa bangga...hahah

    ReplyDelete
  4. Made in china... cepat rosak 2..

    ReplyDelete
  5. Malaysia perlu ada. tapi mesti tidak melibatkan kroni.

    ReplyDelete
  6. Pembetulan bagi kenyataan di atas... Projek ALUDRA telah memasuki fasa MK.II... Ianya telah berkhidmat untuk Kementerian Pertahanan hampir 5 tahun dan akan berterusan... Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ALUDRA tidak pernah terhenti... Kami senantiasa memantau informasi yang berkaitan dengan ALUDRA kami... Sekian...

    -Jurutera Sistem ALUDRA-

    ReplyDelete
  7. yg bt prototaip asal aludra tu researcher/lecturer USM tp asal dr negara jiran..skng dia dah xde sbb tu xde pakar dlm m'sia yg blh bt sistem autonomous UAV kat m'sia

    ReplyDelete
  8. Anonymous25 February 2013 00:43 hahaha... sape kate xde... pakar ade....duit je xde...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails