Friday, 2 August 2013

Serius Cool - Fetih 1453 : Trailer Kisah Penaklukan Konstantinopel Oleh Muhammad Al Fatih


Win

Jarang ada filem epic tentang pahlawan Islam. Dalam filem Kingdom of Heaven ada Salahudin Al Ayubi tetapi fakta sejarah dipesongkan untuk menunjukkan Balian of Ibelin sebagai wira tentera salib. Jadi filem Fetih 1453 dari Turki ini mungkin boleh anda tonton untuk menunjukkan kepoweran Muhammad Al Fatih menjatuhkan Konstantinopel. Jika anda ingat sejarah anda. Muhammad Al Fatih (a.k.a Sultan Mahmed II) menakluk Konstantinopel pada usia 21 tahun. Beliau menggunakan meriam gergasi dan menarik armada laut beliau diatas darat bagi menghasilkan kejutan kepada tentera Bizantin di Konstantinopel. Nampak cool dan menarik. Still a better love story than Strawberi Cinta. Tengok cerita ini masa Hari Raya lebih best dari cerita Rempit dan Momok. #Fact

Fakta : Meriam gergasi yang digunakan Al Fatih sepanjang 8 meter dan menembak peluru seberat 272 kilogram. Ia direka oleh Orban, seorang pereka dari Hungary. Pada asalnya meriam ini mahu diberikan kepada kerjaan Bizantin tetapi mereka tidak ada wang untuk membinanya sendiri. Maka Orban pergi bertemu Al Fatih dan senjata ini digunakan pula bagi menembak dinding kota Konstantinopel.

Thanks @cikgunuar 

11 comments:

  1. dah kluar dr tahun 2012 lg. ada jugak sejarah yg kena spin dlm cite nih.. but still ianya adalah filem epik keagungan Uthmaniyyah yg hebat. termahal dlm sejarah flem Turki

    ReplyDelete
  2. kita patut bangga dengan sejarah islam. hebat belaka. Tapi jangan tinggal sejarah jer la..

    jom tengok video kerasukan -jin kristian speaking london ( Oh My English)

    ReplyDelete
  3. Filem ni layan kt youtube dulu, x tau skang ada lg ke

    ReplyDelete
  4. siap ada love interest lagi, tak pernah lagi aku dengar dalam sejarah Sultan Mahmed II.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails