Tuesday 16 July 2013

Serius Konsep - BMW Active Tourer Outdoor : SUV Dengan Pembawa Basikal Terbina (14 Gambar)


Nice!

Kami tinggal berhampiran FRIM dan setiap pagi terutamanya hujug minggu terdapat banyak peminat basikal lasak di sana. Kesemua peminat basikal lasak ini membawa basikal mereka di atas atap ataupun di belakang kereta mereka. Nampak agak berbahaya kerana basikal ini tergantung di luar kereta. BMW Active Tourer Outdoor ialah konsep SUV untuk peminat sukan basikal lasak. Ia dilengkapi dengan pembawa basikal terbina berkembar. Kini basikal lasak boleh disimpan dengan mudah di dalam kenderaan. Ia turut dilengkapi enjin 1.5 Liter TwinPower turbo dan motor elektrik yang menghasilkan julang gabungan 190 kuasa kuda. Nice. BMW masih belum menyatakan sama ada kenderaan konsep ini akan dihasilkan secara komersil.




Laporan asal Gizmag

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails