Saturday, 29 June 2013

Serius Konsep - Aether : Konsep Kapal Belon Udara Moden (10 Gambar)


Swag Zappelin!

Sebelum perang dunia kedua, kapal penumpang belon udara seperti Zeppelin Hindenburg digunakan sebagai pengangkutan penumpang merentasi benua. United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman adalah negara-negara yang mempunyai program pembinaan kapal belon udara gergasi mereka sendiri. Kapal belon udara ini juga digunakan oleh negara-negara diatas untuk tujuan ketenteraan. Di Amerika Syarikat dan Jerman kapal belon udara ini berfungsi sebagai kapal pengangkut kapal terbang.

Ketika zaman kegemilangan pengangkutan kapal belon udara, bangunan Empire State Building mempunyai tempat mendat Zeppelinnya yang tersendiri. Penumpang boleh turun dari belon terus kedalam bangunan pencakar langit ini. 

Era pengangkutan kapal belon udara terhenti akibat beberapa kemalangan maut. Kemalangan paling terkenal sekali ialah apabila Zeppelin Hindenburg terbakar ketika cuba mendarat di Lakehurst New Jersey pada tahun 1937. Kapal belon udara yang berisi Hidrogen ini didapti mudah terbakar. Pada waktu yang sama penggunaan kapal terbang semakin meluas dan ianya jauh lebih pantas.

Selam berdekad lamanya sistem pengangkutan belon udara dilupakan. Sekarang kapal udara Dunlop hanya digunakan sebagai papan iklan terbang di Amerika Syarikat. The Aether ialah konsep kapal belon udara moden yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan kapal udara ini. Ianya direka oleh Mac Byers. Rekaan The Aether nampak seperti sebuah kapal perang angkasa lepas. Rekaan dalamannya tak kurang futuristik. Cool!



Serius LOL - Iklan Mencari Majikan Yang Paling Diredhai Allah


Alhamdulillah

Ini pekerja yang mencari majikan yang diberkati Allah

Thanks @MilayaChenkov 




Serius Cool - Sony Xperia Z Ultra : Phablet Kalis Air Dan Debu Terkini (15 Gambar)


Gyeah!

Kepada yang tertanya-tanya kenapa website ini tidak dikemas kini pada hari khamis lepas ini adalah sebabnya. Kami bertugas ke Shanghai China bagi membuat liputan pameran peranti mobil GSMA disana. Kami membuat liputan dari hari selasa hinggalah hari khamis. 

Peranti paling cool yang dipamerkan ialah Sony Xperia Z Ultra. Ianya phablet 6.4" HD penuh yang diperkasakan pemproses 2.2 Ghz empat teras, RAM 2 GB, Kamera 8 Megapixel, muatan dalaman 16 GB dan sperti Xperia Z/Tablet Z ianya kalis air dan debu

Sony Xperia Z ultra akan mula dijual hujung Julai atau awal Ogos ini. Untuk mengetahui apa pendapat kami tentang peranti ini sila lawati laman sesawang pandang pertama Sony Xperia Z Ultra di Amanz.My





Serius Indo - Gambar Kebakaran Hutan Dan Ladang Di Indonesia (15 Gambar)


Asap

Ini ialah gambar kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Sumatera Indonesia. Inilah punca jerebu kronik yang melanda negara minggu lalu. Gila juga! Seperti di Malaysia beberapa bandar utama Sumatera juga dilanda jerebu dan solat hajat dilakukan bagi meminta hujan dari Allah. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi tahun hadapan.


Serius Cool - Kachalka : Gimnasium Terbuka Awam Di Kiev Ukraine (15 Gambar)


Gimnasium 1Ukraine

Bulan lalu kami dengar ada perancangan untuk membina Gimansium 1Malaysia untuk kegunaan rakyat Malaysia. Idea ini adalah buah fikiran Menteria Belia Dan Sukan Khairy Jamaludin yang merasakan rakyat marhaen tidak mampu menjadi ahli gimnasium yang sedia ada. Gimnasium 1Malaysia akan membolehkan rakyat yang mahu badan yang ketak-ketak menjadikannya realiti tanpa perlu membayar yuran ahli yang mahal.

Idea gimnasium rakyat ini bukanlah perkara baru. Di Pulau Tuchev yang terletak di tengah-tengah Kiev Ukraine wujud gimnasium terbuka Kachalka. Gimnasium terbuka seluas 10 kilometer persegi ini bebas digunakan warga Kieve untuk bersenam. Ianya adalah ilham ahli gimnastik Poland Kasimir Jagelsky dan professor Matematik Ukraine Yuri Kuk. Mereka mahu membina sebuah taman khas dimana rakyat boleh bersenam dengan bebas. Impian mereka menjadi kenyataan pada tahun 1970. Jika anda ke Kachalka anda boleh melihat ratusan alat gimnasium yang berkarat tetapi masih digunakan tanpa was was. Majoriti alatan gimnasium diperbuat dari besi buruk dan alat ganti kereta kebal serta lori. Sebagai contoh tayar kereta kebal dijadikan pemberat sementara roda lori dijadikan beg menumbuk. Genius!

Mohon Gimnasium 1Malaysia tidak terlalu oldschool macam ini. Orang Malaysia kan memilih. Free shit pun banyak songeh!

Friday, 28 June 2013

Serius Cool - Muzium Kapal Perang Karam Mary Rose


Kapal Layar Perang

Kapal perang Mary Rose adalah kapal perang kebanggaan tentera laut diraja England pada kurun ke-16. Pada waktu ini Raja England ialah King Henry Ke-8 dan England masih berperang dengan Perancis. Mary Rose ialah antara kapal perang paling canggih pada waktu itu dan mempunyai 91 meriam dan lebih 500 anak kapal. Ianya dibina pada tahun 1511 dan mempunyai reputasi sebagai kapal perang yang berbahaya kepada musuh. Pada tahun 1545 berlaku pertempuran diantara tentera laut England dan Perancis di Solent, berhampiran Isle of Wight England. Tentera Perancis cuba mendarat dan menakluk Portsmouth. Malang bagi Mary Rose ketika pertempuran berlaku ianya karam. Yang memalukan King Henry Ke-8 ialah Mary Rose karam bukan kerana ditembak musuh tetapi kerana kesilapan anak kapalnya. Menurut rekod sejarah Mary Rose tenggelam kerana air memasuki lubang meriam pada bahagian bawah kapal yang tidak ditutup ketika ia cuba membelok. Lubang meriam paling bawah Mary Rose yang terletak 1 meter dari aras laut. 

500 orang anak kapal meninggal dunia akibat kemalangan ini. Bangkai kapal Mary Rose terbiar selama lebih 400 tahun sehinggalah ditemui semula pada tahun 1971. Pada tahun 1982 ianya berjaya diangkat semula ke permukaan dan diletakkan di dalam muzium khas. Penemuam Mary Rose menjadi bualan peminat sejarah kerana 19 000 artifak dari era Tudor ditemui. Antara yang ditemui masih terpelihara ialah sikat, alat permainan, alat muzik, kasut, baju kulit, alat bercukur, senjata kecil dan pelbagai lagi. Selain itu lebih 175 rangka manusia ditemui di dalam bangkai kapal. Rangka ini kemudian digunakan saintis untuk melihat tahap kesihatan dan diet manusia zaman Tudor. 

Pada tahun 2009 muzium yang menempatkan Mary Rose di Portsmouth ditutup bagi membina sebuah muzium baru yang lebih moden. Pembinaan muzium baru ini akhirnya siap Mei tahun ini dan ianya dibina menyerupai sebuah bot. Mary Rose Museum menempatkan koleksi artifak Tudor terbesar di dunia. Kesemua artifak yang ditemui pada bangkai kapal dipamerkan kepada pengunjung. Yang menarik tentang muzium ini ialah ianya masih belum selesai dibina. Kerangka kayu Mary Rose masih sedang proses pemuliharaan. In fact proses pemuliharaan sudah dijalankan sejak ianya dinaikkan semula pada tahun 1982. Selepas lebih 30 tahun fasa pengeringan bangkai kapal kini sedang dijalankan. Pada tahun 1918 apabila proses pengeriangan bangkai ini dijangka selesai, dinding kaca yang memisahkan pengunjung dan lantai pameran artifak akan dibuka. Pada waktu itu barulah muzium ini akan benar-benar siap sepenuhnya. Sabar betul ahli sejarah ini!



Serius LOL - #OhMyJawi : Siapa Ajar Eja Jawi Macam Ini?


Hahaha!

Apa ini?.................... mesti tak pernah pergi sekolah agama!


Serius Kreatif - Papan Iklan Interaktif Kesedaran Membantu Mereka Yang Memerlukan


Nice!

Di United Kingdom terdapat talian SAMARITAN yang boleh anda hubungi sekiranya anda mempunyai masalah. Talian ini biasanya dihubugi mereka yang mahu membunuh diri. Masalah yang dihadapi Samaritan ialah kekurangan sukarelawan untuk menjawab panggilan telefon yang diterima. Kempen kesedaran mereka adalah sangat kreatif! Di Malaysia kita ada Befrienders, sebuah organisasi yang mempunyai fungsi yang sama seperti Samaritan. Tahukah anda Befrienders ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1970 selepas berlakunya Rusuhan Kaum 13 Mei? Sekiranya anda memerlukan bantuan dan perlukan teman berbincang tentang masalah anda sila telefon Befrienders di  03-79568144 atau 03-79568145. Talian mereka dibuka 24 Jam. Jangan mudah mengalah dan jangan jadikan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian anda!



Serius Konsep - Horizon System : Sistem Pengangkutan Hibrid Kapal Terbang Dan Keretapi Masa Hadapan (17 Gambar)


Future!

Horizon ialah konsep kenderaan pengangkutan awam masa hadapan yang dihasilkan oleh Mason Holden seorang pelajar dari Glasgow. Horizon menggabungkan kapal terbang dengan sistem keretapi elektrik. Enam buah gerabak keretapi elektrik boleh bersambung dengan kapal terbang elektrik tanpa pemandu. Penumpang kemudian boleh memasuki badan pesawat untuk makan, minum dan membeli belah sebelum tiba ke destinasi mereka. Apabila mendarat penumpang tidak perlu keluar dari keretapi kerana ianya disambungkan terus kepada sistem pengangkutan awam bandar yang sedia ada. Konsep hibrid pesawat dan keretapi ini bukanlah sesuatu yang baru malah sudah wujud sejak awal kurun ke 20. Mason Holden berharap sistem Horizon boleh menjadi realiti seawal 2050. Konsep ini cool tetapi ia memerlukan semua negara di dunia menggunakan sistem pengangkutan rel yang seragam. I just don't see it working in Malaysia. Sistem MRT pun berterabur ada tiga jenis dalam KL! No way!



Serius Cool - Paper Shop : Kedai Alat Tulis IKEA (17 Gambar)


WANT!

IKEA memang terkenal dengan rekaan perabot mereka yang moden dan sesuai dengan mereka yang mahukan rumah yang kelihatan kontemporari. Kami sendiri memenuhkan rumah kami dengan perabot IKEA kerana ianya menjimatkan ruang. Kini IKEA memperkenalkan rangkaian kedai alatan alat tulis mereka yang diberi nama Paper Shop. Buat masa ini Paper Shop hanya wujud di beberapa rangkaian IKEA di Eropah tetapi sudah ada perancangan untuk membukanya di cawangan IKEA serata dunia. Jadi kepada peminat IKEA kini anda bukan sahaja boleh mempunyai perabot IKEA, alat tulis anda juga boleh dipadankan dengan perabot! Total IKEASATION! Do want!


Serius LOL - Pemakai Purdah Paling Cool Di Dunia


#LEGIT!

Niqabista lagi cool dari Hijabista!



Serius Cool - Man-Fur Coat : Jaket Dari Bulu Dada Lelaki (5 Gambar)


Manly!

Man-Fur Coat ialah jaket yang dibuat dari lebih 1 Juta helai bulu dada lelaki sebenar. Ini ialah jaket yang pastinya secara literal paling manly pernah dicipta. Jaket yang mengambil masa 200 jam untuk dihasilkan ini direka bagi mempromosikan susu Wing-Co oleh syarikat pengeluar minuman susu Arla di United Kingdom. Menurut Arla, Wing-Co mempunyai lebih banyak protein dari susu biasa dan oleh itu adalah lebih berkhasiat untuk lelaki yang manly. Jaket ini boleh dibeli dan akan dijual pada harga GBP 2499 (RM 12 000) kepada mereka yang berminat.

IN B4 "bila nak buat jaket dari bulu pubis?" 



Serius LOL - Shit Singaporeans Say In Malaysia


Jangan Butthurt!

LMAOOOOOOOOOOOOOO. Nanti ada orang Malaysia butthurt dan minta orang Singapore mohon maaf. Tengoklah!




Serius Cool - Shanghai Tower : Menara Tertinggi Di Shanghai (14 Gambar)


Menara

Kami baru pulang dari Shanghai malam semalam dan semasa di sana kami nampak sebuah menara tinggi yang sedang dibina. Shanghai Tower  ini sangatlah tinggi sehingga kami tak nampak bahagian atasnya kerana dilitupi awam. Apabila siap kelak tahun hadapan, Shanghai Tower akan menjadi menara kedua tertinggi dunia dengan ketinggian 632 meter. Ia juga akan menjadi menara tertinggi di China melepasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Shanghai World Financial Center yang terletak bersebelahannya.  Shanghai Tower  akan mempunyai 121 tingkat dengan keluasan lantai 380 000 meter persegi. Kami mahu pergi ke Shanghai semula apabila menara ini siap. 



Serius Konsep - 252° Living Area : Rumah Mobil Berlipat Seperti Kipas (12 Gambar)


Nice!

Rumah mobil ialah sesuatu yang jarang kita lihat di Malaysia. Pada awal 90an ada sebuah syarikat tempatan yang cuba mempopularkan rumah mobil dengan memperkenalkan perkhidmatan menyewa rumah mobil ini. Malangnya orang Malaysia lebih gemar duduk hotel dan chalet dari membawa rumah mobil. Plus lesen memandu lori diperlukan sebelum boleh menyewa. 252° Living Area ialah sebuah konsep rumah mobil kompak oleh Stephanie Bellanger, Amaury Watine, François Gustin dan David Dethoor. Sebuah rumah mobil bersaiz penuh boleh dilipat seperti kipas Jepun apabila tidak digunakan dan memudahkannya untuk ditarik di belakang sebuah kereta. Apabila ingin digunakan ianya akan terbuka sebayak 252 darjah dan mempunyai sebuah pejabat, tandas, bilik tidur, dapur dan ruang santai. Really cool tetapi tandas terlalu see through!



Wednesday, 26 June 2013

Serius LOL - Notis Barang Hilang Paling Pasrah Dan Islamik


Amin

Ini nak marah tetapi banyak bersabar punya orang!


Serius Neko - Cara Memperkenalkan 2 Kucing Kepada Satu Sama Lain


Comel!

Tips kepada mereka yang membela kucing. Sangat berguna jika nak bela seekora lagi Neko baru


Serius Cool - Leopard 2A4 Revolution : Kereta Kebal Utama Indonesia Dan Singapura (18 Gambar)


Kaboom!

Kereta kebal utama kegunaan Malaysia ialah PT 91M Pendekar yang merupakan modifikasi kepada kereta kepada T-72 keluaran Russia. Sebantak 48 kereta kebal ini dibeli negara kita untuk kegunaan Tentera Darat. Negara jiran kita Singapura dan Indonesia pula memilih Leopard 2A4 Revolution bagi keperluan armor mereka. Singapura mempunyai 96 buah manakala Indonesia mempunyai 104 buah.  Leopard 2A4 Revolution ialah Leopard 2A4 yang diberikan penaik tarafan elektronik dan sistem armor. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Tentera Darat Jerman mempunyai lebih dari 2000 Leopard 2A4. Ketika Perang Dingin Jerman dijadikan negara penampan bagi menghalang pencerobohan tentera Soviet ke Eropah Barat. Pihak NATO risau tentera Soviet yang pada ketika itu mempunyai puluhan ribu kereta kebal boleh menceroboh Eropah Barat dengan mudah. Make Leopard 2A4 dihasilkan secara pukal untuk kegunaan Jerman. 

Leopard 2A4 Revolution dilengkapi armor seramik komposit pada rudal,sisi , depan dan belakang baru yang mampu menahan serangan misil anti armor seperti RPG7 dan 9M133 Kornet yang digunakan Soviet. Ini membuatkan berat Revolution bertambah dari 52 ke 61 tan. Ia masih menggunakan meriam utama Rheinmetall L/44 sebesar 120 mm yang dianggap sebagai meriam kereta kebal terbaik dunia. Meriam ini juga digunakan oleh kereta kebal utama Amerika Syarikat M1A2 Abrams dan K1A1  Korea Selatan

Perbezaan utama Leopard 2A4 yang digunakan oleh Singapura dan Indonesia ialah Singapura menggunakan beberapa teknologi yang dibangunkan republik ini sendiri. Sungguhpun dari segi luaran ianya kelihatan lebih kurang sama, Leopard 2A4 Revolution milik Singapura diberikan nama baru Leopard 2SG.

FIGHT!



Serius Cool - Roda Falkirk : Lif Bot Terusan Berputar (14 Gambar)


Cool!

Falkirk Wheel ialah sebuah lif bot berputar yang boleh anda lihat di Falkirk Scotland. Ia menyambungkan Terusan Union dan Terusan Forth And Clyde. Terusan ini digunakan pada zaman perindustrian sebagai laluan utama mengangkut kargo dan bahan mentah. Sekitar 1930an terusan ini mula terbiar dan rosak. Sebagai satu langkah membangunkan semula terusan yang menyambungkan Edinburgh dan Glasgow lif berputar Falkirk inipun dibina. Kedua-dua terusan yang disambungkan mempunyai beza ketinggian sebanyak 35 meter. Jadi lif harus digunakan bagi memindahkan bot turun dan naik antara terusan ini. Sistem lif berputar yang unik ini direka oleh jurubina Tony Kettle. Pada awalnya model lif ini dibina oleh beliau menggunakan set permainan Lego. Terdapat dua "timba" gergasi pada roda ini dan setiap satunya mampu menampung 35 000 liter air. Sungguhpun begitu ia hanya memerlukan motor elektrik 30 kuasa kuda untuk memutarkannya kerana timba yang berat pada bahagian atas digunakan untuk memutarkan timba pada bahagian bawah. Proses pemindahan naik dan turun pula mengambil masa lebih kurang empat minit. Very cool!



Tuesday, 25 June 2013

Serius LOL - Berita Tukang Kayu Ditembak Di Kelantan


HAHAHA

Buletin Utama harus ada animasi macam ini. Baru winzip!


Serius Cool - El Caminito del Rey : Laluan Bagi Pendaki Berani (14 Gambar)


Ada berani?

Bulan April yang lalu kami paparkan laluan mendaki bukit yang mustahil di Huashan China. Hari ini mari lihat laluan maut yang hampir serupa terletak di Malaga Sepanyol. El Caminito del Rey (Denai Si Raja) dibina pada tahun 1901 untuk kegunaan pekerja yang membina sebuah empangan berhampiran. Pada tahun 1905 denai tepian bukit sepanjang 3 kilometer dan setinggi 100 meter ini akhirnya siap dibina. Ia mendapat nama El Caminito del Rey kerana pada tahun 1921 Raja Alfonso XIII berjalan di atas laluan ini ketika upacara pembukaan empangan yang baru siap. Selepas empangan siap dibina laluan ini mula terbiar tetapi masih dilawati pelancong. Pada tahun 2000 laluan ini ditutup kepada orang ramai kerana keadaannya yang uzur. Ada laluan yang sudah roboh dan berlobang. Berlaku juga beberapa kemalangan maut apabila lantai laluan roboh secara tiba-tiba. Pada tahun 2011 terdapat perancangan membaiki El Caminito del Rey dengan kos EURO 9 Juta (RM 38 juta) tetapi kini Sepanyol sudahpun bankrap dan kami tidak pasti sama ada projek baik pulih ini akan diteruskan atau tidak.



Serius Konsep - Bucci Special : Kereta Beprestasi Tinggi Pertama Argentina (12 Gambar)


Vroom

Bucci Special ialah konsep kereta lumba berprestasi tinggi pertama Argentina. Ianya direka oleh Clemar Bucci, bekas pemandu kereta lumba Formula 1. Clemar mahu negara beliau menjadi setaraf dengan Itali dan Jerman dalam penghasilan kereta eksotik. Malang bagi Clemar Bucci beliau meninggal dunia pada tahun 2011 sebelum prototaip kenderaan ini dapat dihasilkan. Minggu lalu ketika Pameran Kereta Buenos Aires,  prototaip Bucci Special diperlihatkan kepada umum oleh Paul Bucci, anak saudara Clemar Bucci. Kereta ini diperkasakan oleh enjin 7.3 liter V12 dan mempunyai kasis yang diperbuat daripada aluminium. Tiada maklumat lanjut mengenai kenderaan ini kecuali ia mempunyai rekaan seakan-akan pesawat stealth!

Serius Indo - Monorel Buatan Indonesia Yang Gagal (16 Gambar)


Made In Indo

Jakarta ialah antara bandaraya yang mempunyai masalah kesesakan jalan raya yang kronik. Dianggarkan 3.1 juta kereta dan 8.3 juta motosikal dipandu di Jakarta setiap hari. Pengangkutan awam Jakarta pula semakin uzur dengan 73% daripada 82 000 bas awam yang digunakan sekarang dikatakan tidak lagi layak digunakan dan menjadi sumber pencemaran. Bagi menangani masalah ini projek Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya dimulakan semula pada Febuari tahun ini kerana ianya perlu bagi memastikan "macet" Jakarta dapat dikurangkan.

Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27 Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan projek ini ialah   PT Melu Build General Wiweka. Mereka menghasilkan prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka  boleh memuatkan 125 orang dalam satu gerabak pada satu-satu masa. 

Malang bagi  PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan gerabak KTM Komuter baru. 

Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200 gerabak monorel. Amacam? Kami rasakan monorel buatan PT Melu Build General Wiwekanampak macam keretapi mainan!



Serius LOL - CAPTCHA Paling Enjoice Dalam Sejarah Internet


ENJOICE!

Lepas key in CAPTCHA ini mesti enjoice long time.....

Thanks Syed Amarul Yang Kedua


Serius Kreatif - Instagrammation : Animasi Instagram


Cool!

Very nice. Mungkin boleh try buat sendiri pakai Instagram

Serius Cool - High Line : Taman Tergantung Di Tengah-Tengah New York (24 Gambar)


Landasan Lama Menjadi Taman

Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada. 

Sekitar 1950an penggunaan kereta sebagai pembawa kargo diambil alih oleh lori. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan ditumbuhi rumpai. Selama berdekad lamanya High Line terbiara dan ada beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999 terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.

Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman sepanjang 2.3 kilometer apabila siap kelak. Sangat cool! Struktur lama digunakan semula! Taman tergantung Babylon edisi Big Apple!


Serius Cool - 4N MVT01 : Jam Tangan Digital + Analog (18 Gambar)


Do want

Biasanya apabila anda ingin membeli jam anda hanya mempunyai dua pilihan. Anda boleh membeli jam analog tradisional ataupun jam digital moden. Jam analog nampak lebih elegen dan klasik tetapi jam digital lebih mudah menunjukkan waktu. Di 4N, sebuah syarikat pengeluar jam yang berpengkalan di Perancis mereka berjaya menghasilkan sebuah jam hibrid analog dan digital. 4N MVT01 ialah sebuah jam analog yang menunjukkan waktu seperti sebuah jam digital. Hanya 16 jam tangan 4N MVT01 akan dihasilkan. Kasis jam diperbuat daripada titanium dan terdapat juga pilihan sekiranya anda mahu ianya diperbuat dari emas putih. Harga seutas  4N MVT01 bermula dari EURO 180 000 (RM 755 000) sebuah.



Monday, 24 June 2013

Serius LOL - Lagu Jerebu


Best song!

Best song in the world. Still a better love song than Shae Sayang

Thanks @TaroAthirah

Serius - Masjid Jamek Kota Feroz Shah Delhi : Musnah Tapi Masih Digunakan(18 Gambar)


Musnah masih berguna.

Masjid Jamek Feroz Shah Kotla ialah sebuah masjid purba yang sudah musnah tetapi ianya masih digunakan sehingga ke hari ini di bandaraya Delhi India. Masjid ini dibina di dalam istanakota Feroz Shah Kotla yang dibina oleh Sultan Feroz Shah Tughlaq pada tahun 1354. Masjid ini adalah sebahagian kota Ferozabad yang dibina oleh Sultan Feroz Shah yang juga menempatkan istana baginda. Selepas kejatuhan Kesultanan Tughlaq ditangan Empayar Mughal, istanakota Feroz Shah terbiar. Pemimpin Empayar Mughal dan penduduk setempat kemudian menjarah batu-batuan kota ini untuk membina bangunan baru. Masjid Jamek Ferok Shah Kotla juga menjadi mangsa jarahan. Sungguhpun masjid ini kelihatan seperti sudah musnah, ia masih digunakan oleh penduduk Islam Delhi untuk bersolat. Ianya juga merupakan antara tarikan pelancong dan dibuka setiap hari kecuali ketika waktu solat. Setiap kali sebelum waktu solat pekerja masjid akan membentangkan tikar supaya makmum dapat sujud dengan selesa ketika solat. Siapa kata kita memerlukan masjid cantik dan moden untuk menarik orang ramai solat berjemaah? At least di Delhi, masjid yang kini kelihatan sepering puingpun masih boleh digunakan sebagai tempat beribadat!



Serius Cool - Fesyen Cetakan 3D Pertama Asia Oleh Melinda Looi (18 Gambar)


Malaysia Boleh

Teknologi cetakan tiga dimensi semakin mengembang di dunia. Bulan lalu pistol cetakan pertama dunia telah dihasilkan dan kini ada perancangan membina rumah sepenuhnya menggunakan cetakan 3D di Amerika Syarikat. Minggu lalu pereka fesyen ternama Malaysia Melinda Looi mengukir sejarah kerana menganjurkan pertunjukan fesyen cetakan 3D pertama di Asia. Koleksi beliau terdiri dari kasut, skirt, baju dan aksesori yang dicetak menggunakan pencetak 3D. Amacam? Adakah anda mahu memakai pakaian yang dicetak? Rekaan beliau adalah cool tetapi masih tidak menandingi baju cetakan 3D sepenuhnya yang diperagakan oleh Dita Von Teese yang kami paparkan Mac lalu.



Serius LOL - Iklan Pekerjaan Paling Luar Biasa


Sukar juga pekerjaan ini

Siapa nak kerja ini? 




Serius Kreatif - Terompah Kayu Moden Dari K-Swiss (9 Gambar)


NICE!

Semasa kami kecik-kecik tandas rumah nenek kami ada terompah kayu. Wajib pakai terompah kayu kerana lantai tandas simen sangat licin. Terompah merah ini sangat tak comfy dan tak menarik untuk dilihat. Syarikat kasut K-Swiss bekerjasama dengan artis Perancis Paul Coudamy untuk menghasilkan terompah kayu yang stylo. Terompah kayu yang diukir Paul Coudamy kelihatan seperti kasut sukan. Hanya 25 pasang terompah ini dihasilkan. Still better than CROCS!



Serius WTF - Moko Moko Mokoletto : Snek Tandas Dari Jepun


Senggama Minda

Oh Jepun. makanan dalam bentuk tandaspun wujud dan dijual sebagai snek untuk kanak-kanak. Moko Moko Mokoletto! Jika ada kawan di Jepun sila order dan minum buih tandas!


Serius Cool - Knights Armament ChainSAW (12 Gambar)


Zombie Killer

M249 SAW (Squad Automatic Weapon) ialah mesingan yang dikeluarkan direka oleh syarikan Fabrique Nationale yang berasal dari Belgium. Mesingan ringan ini digunakan bagi supression weapon di dalan sebuah platun askar. Biasanya M249 dipegang seperti mesingan lain dan ditembak sama ada aras bahu ataupun berbaring dengan menggunakn bipod. Pihak Knights Armament melakukan modifikasi terhadap rekaan M249 dan hasilnya ialah ChainSAW. Tempat pemegang M249 digantikan dengan dua pemegang gergaji bermotor. Menurut Knights Armament ini memudahkan pengendali menembak dari aras pinggang. Seems legit! Ini ialah senjata yang harus dimilik jika World War Z menjadi realiti!



Serius Cool - Tab Mandi Berbentuk Hammock (9 Gambar)


Cool

Ramai orang gemar tidur didalam tab mandi tetapi harus diakui rekaan tab mandi sekarang tidak selesa. Tab mandi berbentuk hammock reakkan Splinter Design di bawah pastinya akan membuatkan anda mahu tidur di dalam tab mandi dengan lebih lama. Ianya sepanjang 2.7 meter dan diperbuat daripada gentian karbon. Cool stuff. Tetapi probably not safe for manusia obese!



Saturday, 22 June 2013

Serius LOL - Cara Unik Untuk Bernafas Di Dalam Jerebu


Hahahah!

Ini lagi satu jalan penyelesaian #SeemsLegit orang Malaysia


Serius Konsep - AgustaWestland Project Zero : Pesawat Tilt Rotor Terkini (15 Gambar)


Tilt Rotor


Sejak kebelakangan ni syarikat pengeluar helikopter banyak menghasilkan pesawat hibrid kapal terbang dan helikopter yang lebih dikenali sebagai tilt rotor. Beberapa bulan yang lalu kami paparkan projek Bell V280 Valor, pesawat kipas berputar untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat. Ia diharapkan akan menggantikan pesawat Blackhawk dan Osprey yang sedia ada. 


Syarikat pengeluar helikopter  AgustaWestland tidak mahu ketinggalan dan mereka sedang menjalankan ujian terhadap pesawat kipas berputar mereka sendiri. Project Zero yang diumumkan Mac lalu tidak mempunyai rekaan kipas berputar yang biasa kita lihat. Biasanya kipas boleh putar diletakkan pada hujung sayap. Pada Project  Zero kipas berputar ini terbina di dalam sayap pesawat ini sendiri. Pihak AgustaWestland berharap pesawat yang mampu terkantung di udara ini bakal digunakan oleh orang awam. Mereka cuba memastikan Project Zero mampu terbang sehingga 7500 meter dengan kelajuan maksimum 500 kilometer sejam. Project Zero juga unik kerana akan menggunakan enjin berkuasa elektrik sepenuhnya. Selain itu 80% pesawat ini dibina menggunakan bahan komposit bagi mengurangkan berat. Cool. Pesawat ini masih belum boleh terbang tetapi jika ianya berjaya ia sememangnya akan menjadi antara pesawat paling cool di dunia. 




Serius Cool - The World's Strictest Parents : Apabila Mat Salleh Dipaksa Tinggal Dengan Asians


Cool Show

The World's Strictest Parents  ialah siri TV realiti yang kami suka tengok. Menarik melihat apa yang berlaku apabila remaja yang bermasalah dengan ibu bapa mereka dipaksa tinggal dengan ibu bapa angkat yang lebih tegas. Ini ialah episod dimana dua orang remaja bermasalah dari United Kingdom dipaksa tinggal dengan keluarga cina di Amerika Syarikat. Rasa macam nak tumbuk je dua orang remaja UK ini. I mean seriously mak bapak kami lagi strict dari keluarga cina ini dan kami tak pernah complain.Spoilt scumbags!

Serius Cool - Nissan ZEOD RC : Kereta Elektrik Terpantas Di Dunia (14 Gambar)


ZEOD RC

Perlumbaan 24 jam LeMans tahun hadapan akan menjadi perlumbaan yang lain dari tahun sebelumnya dengan kehadiran Nissan ZEOD RC. Anda pasti pernah melihat rupa kenderaan ini kerana ianya adalah Nissan DeltaWing versi elektrik. Nama ZEOD RC dalah singkatan kepada  Zero Emission On Demand Racing Car dan kenderaan elektrik berprestasi tinggi ini mampu memecut sehingga 300 kilometer sejam. Nissan masih belum mengumumkan spesifikasi penuh kereta lumba ini kerana mereka masih melakukan ujian pemilihan sistem tujahan yang bakal digunakan. Menarik juga. Berapa lamakah bateri ZEOD RC akan bertahan sebelum perlu dicas. Tambah menarik ialah macam mana nak pit stop semasa racing 24 jam kelak. Sama-samalah kita menantikannya di LeMans 2014 kelak!



Serius Cool - Huawei Ascend P6 : Telefon Pintar Ternipis Dunia (10 Gambar)


Slim!

Huawei ialah syarikat telekomunikasi yang berasal dari China. Sejak dua menjak ini mereka giat mengeluarkan banyak telefon pintar baru untuk menyaingi monopoli Samsung. Huawei Ascend P6 ialah telefon pintar Android terbaru mereka dan kini memegang rekod sebagai telefon pintar tenipis dunia. Ia mempunyai skrin 4.7 inci, diperkasakan pemproses 1.5 Ghz empat teras, RAM sebanyak 2 GB, muatan dalaman sebesar 8 GB dan kamera utama sebesar 8 megapixel. On paper ianya sebuah Huawei Ascend Mate yang dikecilkan. Ascend P6 juga dilengkapi bateri sebesar 2000 mAh. Jika anda mahukan telefon pintar yang ternipis di dunia. Ini mungkin telefon pintar yang anda car.



Friday, 21 June 2013

Serius - Terry Holdbrooks : Pengawal Penjara Guantanamo Yang Kini Memeluk Islam (10 Gambar)


Alhamdulilah

Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan "pengganas" di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo. 

Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama "ganas" Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.

Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum. 

Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk "TRAITOR" yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry. 

Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;

“I had all the freedom in the world,But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.

Powerful stuff. Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.





Serius LOL - Cara Mudah Mengelakkan Saman Ekor?


#SeemsLegit

Cara mudah dan mesra alam!



Serius WTF - Neko Ramen Taisho : Trailer Filem Kucing Raja Ramen!


Defuuu.....

TED edisi Neko Jepun agaknya........... Still a better love story than Strawberi Cinta


Serius - Situasi Jerebu Di Singapura (12 Gambar)


Kota Singa Batuk

Situasi jerebu di Singapura adalah sangat kronik dan jauh lebih teruk dari di Kuala Lumpur. Indeks penceramaran udara di Kota Singa mencecah tahap amat bahaya untuk kesihatan iaitu melebihi 300. Rakyat Singapura marah dengan Indonesia kerana pembakaran terbuka di Sumatera adalah penyebab jerebu yang kronik ini. Kami kerja dalam bilik 24 jam. Thank god! Tak perlu keluar dari rumah dan menghidu udara berbau asap!



Serius Konsep - Emopulse Smile : Jam Tangan Pintar (11 Gambar)


Cool beans!

Samsung dan Apple kedua-duanya sedang giat menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri. Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan iWatch buatan Apple kini sedang dalam proses penghasilan prototaip. Persoalannya sekarang adakah kita memerlukan jam tangan pintar sekiranya kita sudahpun memiliki telefon pintar? 

Emopulse Smile ialah sebuah konsep jam tangan pintar yang kami rasakan unik. Tidak seperti jam pintar Samsung dan Apple yang dikatakan hanyalah sebuah jam tangan yang boleh menjalankan aplikasi, Smile cuba menjadi telefon pintar yang boleh dipakai di pergelangan tangan. Menurut Emopulse mereka sudahpun menghasilkan prototaip. Ia akan dilengkapi skrin OLED melengkung, kamera 12 megapixel, kemampuan LTE, telefoni, muatan dalaman 128/256 Gigabyte dan bateri sebesar 2500 mAh. Mereka sedang mengumpulkan dana untuk menjual Smile kepada umum. Harga bermula dari USD 480 (RM 1542) untuk versi 128 GB dan USD 550 (RM 1767) untuk versi 256 GB. Adakah anda tertarik?



Serius LOL - #OhMyEnglish : Menu Makanan Yang 18SX


Typo!

Ini typo ke atau memang tak tahu eja?


Serius Cool - Pejabat Google Japan (19 Gambar)


WIN!

Ya kami tahu kami kerap betul paparkan pejabat milik Google di Blogerius. Majoritinya kelihatan sama  tetapi masih lagi lebih cool dari pejabat anda. Hari ini mari melawat pejabat Google Japan yang terletak di Roppongi Tokyo. Rekaan dalaman pejabat ini banyak menerapkan rekaan tradisi Jepun. Very cool! Harap Google Malaysia kalau pejabat dah siap modified ada juga rekaan Melayu. Mungkin ada kafeteria macam kedai mamak dan ruang pejabat beratap rumbia. Or some crap like that.


Serius LOL - Doraemon Jawa


HAHAHA!


Wes gedhi nyusai wong! 

Serius Cool - Taman Negara Tasik Plitvice Croatia : Syurga Dunia (18 Gambar)


Woah!

Dua bukan yang lalu parents kami berpeluang melawat Bosnia dan Croatia. Antara tempat yang mereka katakan paling menarik di sana ialah Taman Negara Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Ianya merupakan taman negara terbesar di Croatia dan antara yang tertua di Eropah Selatan. Terdapat 16 buah tasik semula jadi di taman negara ini dan kecantikannya menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Sejak dibuka pada tahun 1949 puluhan jutaan pelawat sudah melihat keindahan semula jadi tasik-tasik Plitvice. Tahun lalu sahaja lebih 1.2 Juta orang melawat Plitvice. Pada tahun 1979 ianya disahkan sebagai antara Tapak Warisan Semulajadi Dunia. Jika anda ke taman negara seluas 296.85 kilometer persegi ini, anda boleh melihat tasik dengan warna biru yang jernih. Ketika musim sejuk sebahagian air terjunnya akan membeku. Kami rasa nak melawat Crotia jika ada rezeki. Truly tempat indah macam ini harus dilawat sebelum meninggal dunia. Jom kumpul duit!



Serius Sadis - Banjir Teruk Akibat Monsun Di India (14 Gambar)


#PrayForIndia

Uttarakhand  ialah sebuah wilyah yang diberi gelaran Wilayah Dewa Dewa di utara India. Minggu ini Uttrakhand dilanda hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun. Akibatnya ribuan penduduk terperangkap akibat banjir besar. Pihak berkuasa India berkata dianggarkan 1000 orang tekorban manakala 65000 lagi terperangkap akibat banjir besar ini. Ribuan yang terperangkap adalah terdiri daripada jemaah yang hadir untuk melaway kuil-kuil suci yang terdapat di Uttarakhand. Tanah runtuh dan air yang deras menyukarkan proses menyelamat walaupun 10000 orang askar telah dikerahkan untuk membantu. Kasihan India, sudahlah miskin kerap pula dilanda bencana. Di Malaysia teruk-teruk banjirpun tak pernah lagi ribuan orang meninggal dunia. 



Thursday, 20 June 2013

Serius Klasik - TC-497 Overland Train Mark II : Keretapi Atas Jalan (21 Gambar)


Classic!

Pada tahun 1958 Tentera Darat Amerika Syarikat memerlukan trak tahan lasak dan off road yang boleh digunakan bagi membawa keperluan ketenteraan mereka di kawasan tanah lasak. Syarikat  LeTourneau  diberikan tanggung jawab membina prototaip "keretapi jalanan" ini. TC-497 Overland Train Mark II siap dibina pada tahun 1962 dan ianya terdiri dari sebuah lori gergasi 6 tayar setinggi 9 meter dengan 10 "gerabak" kargo. Ia juga dilengkapi 2 gerabak berenjin yang membantu TC 497 bergerak dikawasan tidak berturap. TC 497 diperkasakan dengan 3 enjin 1170 kuasa kuda dan mampu membawa berat kargo maksimum sebanyak 150 tan dengan jarak operasi maksimum 640 kilometer. Apabila kesemua gerabak TC 497 disambungkan ianya sepanjang 150 meter. Kesemua tayar pada kenderaan utama dan gerabak boleh dikawal sepenuhnya dari kepala lori. 

Kepala lori TC 497 mempunyai kabin, dapur dan bilik mandi untuk 6 orang anak kapal. Ianya juga dilengkapi dengan sistem radar ketika menjalani ujian ketenteraan. Walaubagaimanapun pihak tentera mendapati keretapi jalanan ini tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ia hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 48 kilometer sejam. Tambahan lagi pada waktu ini  helikopter  Sikorsky S-64 Skycrane  yang mampu membawa 20 tan kargo pada satu-satu masa  didapati lebih praktikal digunakan dari sebuah keretapi daratan. Projek dihentikan dan kepala TC 497 dijual. Hari ini anda masih boleh melihat kepala TC 497 di Yuma Arizona. Hanya bahagian kepala sahaja masih wujud kerana bahagian pengangkut kargo dan enjin tambahan dijual sebagai sekerap selepas projek dibatalkan       

TC 497 ialah bapa kpada lori gergasi ETF MT 240 yang juga boleh berfungsi sebagai keretapi jalanan. Same concept. Different decade!



Serius Cool - Cermin Mata Hitam Dengan Tangkai Rahang Rusa (11 Gambar)


Bizarro Cool

Emma Montague ialah seorang lulusan Royal College of Art dalam pengkhususan penghasilan barang kemas dan barangan logam. Pada suatu hari beliau perasan tangkai cermin mata hitam beliau kelihatan seperti rahang haiwan. Beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan koleksi cermin mata hitam yang menggunakan rahang rusa dan kambing. Hasilnya ialah koleksi cermin mata hitam yang cool tetapi pada masa yang sama agak bizarre. Adakah anda sanggup memakainya?



Serius Cool - NeverWet : Teknologi Kalis Air Paling Godlike


Do Want!

Lepas ini tak payah basuh baju! Pemalas!

Serius Cool - Ayesha Farooq : Juruterbang Pesawat Tempur Pakistan Yang Behijab (10 Gambar)


Respect!

Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur. Beliau merupakan satu-satunya juruterbang pesawat tempur wanita di dalam Tentera Udara Pakistan. Sepanjang sejarah Tentera Udara Pakistan yang terdapat 19 orang juruterbang wanita tetapi kesemuanya bertugas sebagai pemandu pesawat kargo dan menjadi jurulatih. Ayesha Farooq memecahkan dominasi lelaki ini dan tambah menakjubkan beliau masih boleh melakukan tugas dengan berhijab. Ayesha kini bertugas di pengkalan tentera Mushaf dan menerbangkan pesawat tempur F-7PG buatan China. Beliau ditugaskan melakukan rondaan udara bagi mencari tentera Taliban yang cuba menyelinap masuk ke Pakistan. Semasa menyatakan hasrat mahu menjadi juruterbang pesawat kepada ibu beliau 7 tahun yang lalu, Ayesha menerima tentangan hebat. Tetapi kini beliau bangga menjadi contoh kepada wanita Pakistan yang cuba melarikan diri dari stereotaip. Tambah respect hijab beliau tidak komplek! Tak perlu kerana helmet fighter jet beliau tidak pasti dimiliki oleh fashionista hijabista di luar sana. Ini baru hijabista yang boleh dijadikan contoh! 



Serius Kreatif - Alternative Limb Project : Anggota Palsu Sebagai Karya Seni (19 Gambar)


Cool abis!

Aggota palsu biasanya diperbuat daripada besi, aluminium dan plastik. Ianya dihasilkan bagi memudahkan mereka yang kehilanggan anggota badan untuk mendapatkan mobiliti asal sebelum anggota ini dipotong. Kerap kali anggota palsu tidak mempunyai nilai estetika. Ianya hanya functional dan tidak kelihatan menarik. Tetapi sekirnya anda OKU yang mahukan anggota palsu yang unik, anggota palsu keluaran Alternative Limb Project pastinya mengujakan anda.

Alternative Limb Project dimulakan oleh  Sophie de Oliveira Barata, seorang graduan seni ukir dan pernah bekerja sebagai pereka prop filem. Beliau menyedari terdapat permintaan untuk anggota palsu yang lebih realistik dan artistik. Sophie kini menghasilkan anggota palsu yang bolehlah diklasifikasikan sebagai karya seni kerana setiap satu anggota palsu rekaan beliau memang unik dan cantik. Siapa kata orang OKU tidak boleh bergaya?



Serius LOL - Fesyen Hijabista Terkini Dari Indonesia


Indo!

Sesuai untuk Marge Simpson ataupun coneheads!



Serius Cool - Medusa : Motosikal Custom Termahal Dunia (15 Gambar)


Turki!

Tarhan Telli  ialah seorang pembina motosikal yang berpengkalan di Ankara Turki. Minggu lalu beliau memperlihatkan Medusa, motosikal custom binaan terbaru beliau. Motosikal ini dikatakan merupakan motosikal termahal di dunia. Tiada nilai diletakkan buat masa ini kerana rekod ini masih sedang disahkan oleh Guiness tetapi apa yang pasti Tarhan Telli berkata beliau membelanjakan USD 1 Juta hanya untuk membeli emas yang digunakan untuk menyadur casis dan komponen utama Medusa. Rekaan ular dan kepala Medusa dapat dilihat pada motosikal ini. Ia diperkasakan enjin 1.8 liter V Twin dengan 125 kuasa kuda. Enjin ini dipilih kerana penggunaan emas sebagai bahan binaan mengakibatkan motosikal ini mempunya berat 318 kilogram! Vroom!



Serius LOL - Pergerakan Superpower Paling Berkuasa Dalam Street Fighter


Kah kah kah!

Hahahaha......... hahahahaha. Special Move ni mesti power gila. 


Serius Bodoh - Fesyen Lelaki Metroseksual Terkini (12 Gambar)


DAFUUU?

Ini..... ini bangang. Apakah ketinjaan ini? 


Serius - CarKitInc : Miliki Replika Kereta Mewah Pada Harga Murah (19 Gambar)


Fakers Gonna Fake!

Kereta mewah Lamborghini, Jaguar, Porsche dan Ferrari adalah tidak mampu dibeli oleh majoriti rakyat marhaen. Tetapi jika anda kemaruk mahu juga memiliki kenderaan ini Car Kit Inc sebuah syarikat yang berpengkalan di Alabama menjual kit ubahsuai bagi mengubah kenderaan milik anda. Buat masa ini mereka menjual body kit untuk Lambroghini, Ferrari, Jaguar dan Porsche. Harga setiap kita ialah diantara RM 9000 hingga RM 15000. Ini adalah sesuai untuk poor asses yang nak juga jadi poser. Sesungguhnya ini lebih bagus dari sekadar convert Proton anda menjadi sebuah Mitsubishi ciplak!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails